Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Monday, March 29, 2021

[Novel] Untukmu Cinta


Untukmu Cinta - Evelyn Rose

Cinta. Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci.Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. 

Dalam diam dia menyukai sahabatnya Adam yang jelas menyukai sahabat mereka, Dr Eve. Kata Orkid, biarlah kalau satu masa apabila Adam dan Eve bersatu hatinya akan terluka, dia rela dan dia masih mahu berharap. Menumpang kasih seorang Adam selagi Adam tak dimiliki walaupun dia sedar, dia seperti pipit yang menginginkan enggang. 

 ' Kalaupun hati ini akan terluka, aku rela. ' - Orkid 

Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pertemuan pertama membuatkan Arman tertanya, adakah Orkid bunian di tengah taman. Berbual dengan pokok dan bermain dengan rama – rama ? 

Pertemuan kali kedua, buatkan hatinya berdegup kencang tatkala anak mata mereka bertaut lama dan pertemuan kali ke tiga terus membawa dia bertemu ahli keluarga Orkid. Namun Arman menyimpan kisah lampau yang ingin dia lupakan. Yang buatkan dia menjauh dari wanita dan pesimis dengan cinta. 

Saat itu juga Ramadhan muncul. Teman lama dan jejaka yang ingin dijodohkan dengan Orkid oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati, dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang cukup dia hormati. 

 Walaupun Orkid seringkali menolak cinta Arman dan Ramadhan, mereka seringkali bertemu tanpa dirancang. Kata ibu Orkid, ' Kalau tak dirancang, mungkin suratan ? ' Saat hati Orkid benar - benar terluka, mampukah dia mempertahankan cintanya ? Saat hati terluka Saat jiwa diuji Siapakah yang kekal menyintai ?

 




Love, 

Cik Purple

Monday, March 22, 2021

[Novel] Calon Menantu Daddy


Calon Menantu Daddy - Una Unee

Kerana tekad untuk anak kesayangannya berubah, Tan Sri Megat Khalid telah mengambil tindakan mencari sendiri calon menantu untuk anaknya, Eleya. Satu banner besar digantung di hadapan bangunan pejabatnya.

 "Daddy! Kenapa nak malukan El macam ni? Apa maksud banner dekat luar tu? El malu tahu tak? Nampak macam El ni desperate sangat nak kahwin!" - Eleya 

 "Salah ke apa yang daddy buat tu? Kan El yang suruh daddy cari calon suami untuk El? Cara ni aje yang paling pantas, sayang." - Tan Sri Megat Khalid 

 Berita Tan Sri Megat Khalid yang ingin mencari calon menantu telah sampai ke pengetahuan Syed Thaqif. Dia yang sudah lama memendam rasa kepada Eleya terus mengambil peluang itu untuk menjadi calon menantu Tan Sri Megat Khalid. 

 "Actually, I pun tertanya-tanya macam mana daddy boleh pilih you? Padahal you ni langsung tak ada kriteria yang I nak. Tak kaya pula tu. Low standard!" - Eleya

 




Love, 

Cik Purple

Monday, March 15, 2021

[Novel] Doktor Cinta


Doktor Cinta - Dyadila

Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar 360 darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda... 

 Mazliana: Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta? 

Tengku Iskandar: Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana? 

 Zikri Alif: Kecewa tak sesakit menyintai seseorg dlm diam. Senyap adalah jawapan terbaik. 

Julia Hana: Cinta memang pelik tetapi cinta juga kadang kala buat aku terpaksa. 

 Syamin a.k.a Mimi the over: Eiii... tengok orang lain putus cinta, sekali dgn aku jangkit takut bercinta. 

 Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?

 




Love, 

Cik Purple

Monday, March 8, 2021

[Novel] Loket Zinnia


Loket Zinnia - Ayumi Syafiqah

Dua tahun menyulam cinta bersama Hayyan Rizqi, Zenia cukup bahagia. Apatah lagi apabila buah hati sering ada menemani sepanjang bergelar mahasiswa. Segala kekurangan Zenia diterima Hayyan seikhlas hati. Kasih sayang Hayyan terus mengikat hati Zenia untuk terus jatuh cinta. Janji untuk hidup bersama selepas tamat pengajian dilakar indah berdua, semakin utuh dari hari ke hari. 

 “I'm gonna be your husband someday, so don't forget to put my name on the list. Okay?” – Hayyan.

 Namun, cinta yang disangkakan akan berakhir bahagia, terputus di tengah jalan apabila Azfar muncul dalam hidup Zenia. Pesona Azfar membuatkan hati Zenia tersasar jauh. Bicara dan janji manis lelaki itu menjadikan Zenia lupa siapa yang selama ini menghuni hatinya. Lalu, Hayyan dicurangi dengan tegar. Dia leka dengan cinta yang ditabur Azfar sehingga sanggup menduakan Hayyan yang setia. 

 “Saya janji saya takkan sia-siakan awak. Saya boleh bagi lebih daripada apa yang Hayyan pernah bagi pada awak. Percayalah, sayang.” - Azfar 

 Pada ketika seluruh jiwa dan raga diserahkan kepada lelaki itu, Zenia ditinggalkan bagaikan sampah. Zenia merayu, tetapi Azfar tetap melangkah pergi. Zenia hilang punca. Ingin dipohon kemaafan Hayyan, dia malu untuk berdepan dengan lelaki itu lagi. Ingin pulang ke pangkuan keluarga, terasa maruahnya hancur dengan cemuhan yang tiada henti. Lantas, ke mana lagi harus dibawa diri yang bagai sudah tiada harganya lagi? 

 Bersama Adam, Zenia belajar membina kehidupannya semula, jauh daripada segala-galanya... sehinggalah takdir membawa Hayyan dalam hidupnya buat kali kedua . 

“Selepas apa yang terjadi, kenapa dia juga yang awak pilih?” – Hayyan. 

“Sebab saya tak mampu nak pilih awak, Hayyan...” – Zenia. 

 Janji yang pernah terlakar, masihkah ada ruang untuk memulakannya sekali lagi?

 




Love, 

Cik Purple

Monday, March 1, 2021

[Novel] Suamiku Si Mata Biru


Suami Si Mata Biru - Evelyn Rose

Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita?

 “Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...”  Lalu takdir pun terlukis indah… 

 James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu. 

 Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. 

Disangkakan dirinya sapiosexual tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf. I want this guy. Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ? 

 “Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.” - James Howards 

 “Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina

 Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?

 “ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina

 “Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina 

 Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?

 




Love, 

Cik Purple

Monday, February 22, 2021

[Novel] Isteri Untuk Disewa



Isteri Untuk Disewa - Syamnuriezmil

Anda mempunyai masalah dalam perhubungan? 

Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda? 

Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia? 

Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? 

Saya ada penyelesaiannya... Orang untuk disewa! Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876. Anytime, Anywhere... I’ll be there. 


 Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat. 

 “Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan. 

 “Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO. 

 “Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik. 

 “Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup. 

 Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?

 



Love, 

Cik Purple

Monday, February 15, 2021

[Novel] Chandelier



Chandelier - Acik Lana

Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula. 

 Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya. Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.

 “Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.” 

 “Keisha....” Kaef mengeluh perlahan. 

Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi. 

 “I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.” 

 “Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. 

Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah. Keisha... I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali. Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban. 

 “Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.”






Love, 

Cik Purple

Monday, February 8, 2021

[Novel] Isteri Tak Dijangka


Isteri Tak Dijangka - S.N. Hidayah Haron


ASMYALIANA ARIFFIN... Dia tidak sangka nasib hidupnya berubah dalam sekelip mata. Terpaksa berdepan dengan ujian, Mya reda menjadi umi dalam sekelip mata, menjadi isteri tak dijangka. Demi menjaga maruah diri, dia harus mengkhianati dan melukai hati seseorang 

Atas alasan itu, Mya dan ZALIFF MOHAMMAD disatukan atas ugutan Mya sendiri setelah dirinya dinodai lelaki itu. Biarpun sudah beristerikan NATRAH yang merupakan kakak angkat baik kepada Mya, pemikiran cetek Zaliff yang berlandaskan nafsu telah menyebabkan Mya dilanda kegelapan. FAZZY, si kekasih hati Zaliff pula menjadi penambah duka dan lara kepada isteri pertama Natrah dan Mya isteri kedua. 

 “Dalam sampul surat ini ada dua barang. Satu barang adalah laporan kesihatan aku dan yang kedua adalah CD rakaman pencerobohan kau ke dalam rumah aku. Kau tengok dan kau analisis dulu okey? Lepas itu baru kau buat keputusan sama ada kau nak kritik atau kau nak aku jadi juri?” – MYA

 “Kau nak ugut aku?” – ZALIFF

 “Aku tak ugut kau, tapi aku cuma nak ingatkan kau. Kalau aku buat laporan polis, agak-agak kau boleh hidup aman macam orang lain tak? Kau dapat tak kahwin dengan Fazzy?” – MYA

 Itu cerita sebelum Zaliff menikahi Mya, selepas kahwin perasaan benci terhadap Zaliff mula menipis dan mula terdetik dalam hati Mya apabila layanan kasar Zaliff terhadapnya semakin berubah secara perlahan ke arah kebaikan. Namun, Mya sedar siapa dirinya kepada Zaliff. 

 “Helo, tak bermakna bila aku minta kau kahwin dengan aku, aku kena ikut semua cakap kau. Hak aku adalah milik aku. Rumah aku tidak ada sesiapa pun boleh masuk sesuka hati kecuali aku.” – MYA

 “Aku suami kau. Walau apapun jadi, aku masih tetap suami kau, walaupun kita nikah dekat Songkhla tapi pernikahan kita sah. Aku dah daftar pun pernikahan kita dekat pejabat agama. Kau kena ingat Mya, reda aku sebagai suami syurgalah tempat kau, murka aku sebagai suami, neraka jahanamlah tempat kau. Kau pilih, mana yang kau nak check-in?” – ZALIFF 

Menjadi isteri kedua yang tak dijangka? Bersambutkah cinta? Bertautkah jiwa yang selama ini menjadi Tembok Besar China dalam hatinya? Bagaimanakah pula nasib Natrah yang menderita memendam rasa? Akankah ada penghujung cerita cinta tak dijangka antara Zaliff dan Mya?

 




Love, 

Cik Purple

Monday, February 1, 2021

[Novel] Dia Bukan Bidadari

 

Dia Bukan Bidadari - Myra Ameer

“Aku nak kahwin dengan anak orang kaya dan hidup senang.” 

 Itulah cita-citanya sejak dia berusia dua belas tahun lagi. Zulaika menganggap cita-cita itu impian gila tetapi tidak bagi Nur Jannah Zahra. Demi mengejar apa yang diimpikan, setiap pesanan orang tuanya, langsung dibuang ke tepi. Berbekalkan rupa paras yang cantik, penampilan menarik dan gaya yang sedikit menggoda, memikat lelaki kaya bukan perkara yang susah baginya. Tetapi ada syaratnya, boleh berjumpa, membeli-belah berdua dan makan bersama tetapi tidak boleh menyentuhnya. Sesiapa yang sudi ‘you are welcome’ tetapi kepada yang terlebih aksi dia akan mengucapkan “good bye”. 


 Tetapi itu tidak lama apabila jiwa kental Nur Jannah mula goyah ketika mata tertala kepada pemilik nama Syed Azrai Mikael Tan Sri Syed Jalal. Sayangnya ketika benih cinta baru hendak bermula, skandal lama datang membuat onar. Akibat satu peristiwa yang tidak diduga, Syed Azrai nekad mengupah sahabat baiknya, Fareez Azeem sebagai ‘driver cum bodyguard’ untuk pujaan hati. Bermula dari detik itulah hidup Nur Jannah jadi huru-hara dek mulut Fareez yang dianggapnya puaka.


 “Tak kelas langsung ada driver tapi bawak Perodua Myvi aje!” – Nur Jannah 

 “Weiii! kereta aku ni belum habis bayar lagi tau. Kalau tertanggal pintu tu siapa nak bertanggungjawab? Nak mintak duit kau pun aku kesian.” – Fareez 

 Kisah cinta yang disangka seindah kisah Cinderella itu rupanya tak seperti yang dibayangkan. Pelamin indah yang diangankan tiba-tiba musnah dilanda petir. Ketika kebenaran terungkai dan ketika hati sedang terluka kecewa, tiba-tiba muncul seorang lelaki lain di dalam hidupnya. 

 “I masih cintakan you.” – Syed Azrai 

 “Saya sayangkan awak, Jannah.” – Fareez Azeem 

 “Ikut saya demi Nini.” – Azad Bakri





Love, 

Cik Purple

Monday, January 25, 2021

[Novel] Eksperimen Cinta

 

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam? 

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, 

“saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya. 

 “Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...” 

 “Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…” 

 Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?


Monday, January 18, 2021

[Novel] Sebenarnya Saya Isteri Dia

 

Sebenarnya, Saya Isteri dia - Zura Asyfar

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah. 

 "Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad. 

 "Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira. 

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati. 

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu. 

 "Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira. 

 "Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad 

 Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu. 

 "Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira. 

 "Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad. 

 Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?



Monday, January 11, 2021

[Novel ] Klik ! Pengantin Musim Salju


Klik! Pengantin Musim Salju - Suri Ryana


Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra. 

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin. Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. 

Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra. Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?


Monday, January 4, 2021

[Novel] Bukan Isteri Sempurna


Bukan Isteri Sempurna - Tulip Ungu


Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri. 

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina. 

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka. 

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.” 

Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.” 

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!” 

“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”


Thursday, August 13, 2020

[Novel] Korban Kasih 2

Korban Kasih 2 by Fatimah Saidin



"Kamu fikir mak sentiasa ada untuk memenuhi keperluan kamu di kala kamu susah? Kamu fikir sekiranya kamu minta apa sahaja, mak pasti akan tunaikan? Tidak, Jamil. Kamu sudah terlalu tua untuk semua itu. Di masa dan umur inilah sepatutnya kamu menghadapi realiti dan mengambil segala implikasi atas semua perbuatan kamu." 

 Jalil, Jamil dan Fatimah kini sudah dewasa dan membina kehidupan masing-masing. Zaman kecil mereka sudah lama berlalu dan kini mereka perlu menghadapi dugaan dalam kehidupan yang berbeza, keluarga yang berbeza dan masalah yang lebih besar. 

"Korban Kasih 2" memaparkan kisah dan dugaan yang lebih tragis dalam sebuah keluarga ini. Kisah ini Juga membuktikan bahawa ikatan kasih sayang yang kukuh boleh menjadi perisai ketika menghadapi sebarang masalah. 

Kisah ini adalah sambungan novel "Korban Kasih" yang memaparkan sebahagian lagi kisah keluarga ini. Selamat membaca



Thursday, August 6, 2020

[Novel] Pink Smile

Info Dan Sinopsis Drama Pink Smile (Slot Lestary TV3) | Iluminasi

Pink Smile - Luna Adresia 


Mengisahkan Luna yang selalu singgah di Duncan Coffee House kerana meminati Kaz, pemilik kedai tersebut. 

Luna - Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya.

Kaz - Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali? 

Akif - Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta. 

 Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.



Tuesday, July 28, 2020

[Novel] Korban Kasih

Korban Kasih by Fatimah Saidin

Korban Kasih - Fatimah Saidin 


Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni."


[Novel ] Misi Memikat Cik Hitler

Misi Memikat Cik Hitler by Nojie

Misi Memikat Cik Hitler - Nojie



“Sudi tak kahwin dengan saya?” - Naurah 

 Naurah buat kerja gila dengan melamar lelaki tidak dikenalinya hanya kerana mahu membalas balik permainan Umar terhadapnya. Cinta disangkakan ikhlas, rupanya hanyalah pertaruhan Umar dan rakan-rakannya. Sudahnya, diheret pula lelaki yang langsung tiada kaitan dalam hidupnya. Lelaki yang langsung tidak diketahui asal usulnya. Dan paling penting, lelaki tidak diketahui namanya.

 “Nama bakal suami pun awak tak tahu, kan? Kalau awak tak ambil dadah, tak mabuk ketum, macam mana awak boleh buat kerja gila macam semalam?!” - Zhariff 

 Zhariff betul-betul marah dengan kerja gila dibuat oleh Naurah a.k.a Cik Hitler. Dia ingat kahwin ni senang? Boleh petik orang macam tu saja? Ingat lepas kahwin tu habis kat situ saja ke? Dan ia tak habis selepas ijab dan kabul tapi ia baru bermula! Kata orang, bercinta bertahun pun belum tentu kenal hati budi pasangan, kan? Ini kan pula pasangan yang berkahwin tanpa sempat mengenali hati budi masing-masing. Huru-hara jadinya. 

“Saya tak pernah lupa siapa saya pada awak. Saya suami awak. Dan awak isteri saya.” - Zhariff 
 “Tapi awak lupa, kita berkahwin sebab kepentingan sendiri.” - Naurah 

 Pada Zhariff, bila ijab dan kabul dilafazkan, Naurah sudah menjadi isterinya. Jadi, suka atau tidak Naurah itu sudah jadi tanggungjawabnya. Dia nekad, hati keras Naurah harus dilembutkan. Maka, bermulalah misi memikat Cik Hitler. 

 “Boleh tak awak cakap kat guard bawah tu.” - Zhariff 
 “Cakap apa?” - Naurah 
 “Cakap saya ni suami awak. Susah tau nak masuk sini. Sebab guard tu tak izinkan saya masuk.” - Zhariff 
 “Memanglah. Dah dia tak kenal awak.” - Naurah 
 “Jadi, awak cakaplah kat dia saya ni suami awak.” - Zhariff 
 “Nak buat apa?” - Naurah 
 “Senang nak lepaskan rindu pada awak.” - Zhariff 

 Bermacam cara sudah Zhariff lakukan untuk memikat hati si isteri a.k.a Cik Hitler termasuklah menghantar makanan untuk makan malam ke rumah isterinya, namun Cik Hitler tetap berhati batu. Mampukah Zhariff meneruskan misinya untuk memikat hati Cik Hitler sedangkan pada Naurah semua lelaki sama saja?



Tuesday, July 21, 2020

[Novel] Imam Mudaku Romantik

Miss BaNu StoRy: Baca Online Novel Imam Mudaku Romantik

Imam Mudaku Romantik - Izzah Haneefa


“Laila, kita qiamullail, jom?” - Faqih
 “Kenapa?” - Khalisah
“Kita solat tahajud sama-sama.”
 “Hah? Wajib ke?”
“Memanglah tak wajib. Nak masuk syurga sama-sama tak?” 

Nasib kaulah, Khalisah! Kau yang beria-ia sangat nak suami imam atau ustaz, kan? Nah, sekarang kau tanggunglah kalau kena ceramah dengan dia!

 LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya.

Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu. Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.

 Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.



[Novel] Dia Anak Jeneral

Dia Anak Jeneral by Hezzy Azra

Dia Anak Jeneral - Hezzy Azra


Mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak ayahnya. Dato Hambali mahu menjodohkan Syirin dengan Nukman, seorang pegawai beruniform dan juga anak kepada Mustakim dan Saadiah. 

Syirin dan Nukman berkawan baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain. Syirin ternyata tidak setuju dengan tindakan ayahnya walaupun dipujuk oleh Shima dan Shida. Beliau mula menunjukkan protes manakala Dato Hambali berkeras dengan keputusannya dan menyuruh isterinya terus memujuk Syirin untuk menerima Nukman sebagai bakal suami. 

Zakhif, seorang kontraktor dipanggil untuk menyiapkan kerjakerja pembaikan di rumah Dato’. Syirin bertemu dengan Nukman untuk berbincang tentang hal mereka. Syirin kecewa apabila Nukman seolah-olah bersetuju dengan keputusan keluarga untuk menjodohkan mereka. Beliau terus pulang ke rumah dalam keadaan kecewa. Setibanya di rumah, beliau menjerit terperanjat apabila melihat Zakhif berada di dalam bilik air di biliknya. 

Masalah yang dihadapi Syirin membuatkan beliau mula hilang fokus terhadap kerjanya. Majikan beliau, En. Terence mula mengesan perubahan tersebut dan bertanyakan masalah Syirin. Ini kerana beliau juga menaruh hati terhadap Syirin. Zakhif hampir menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato’ Hambali. Beliau kemudiannya pulang ke kampung Mak Ani, keluarga angkatnya untuk mengambil Eja pulang ke Kuala Lumpur. 

Ibu Nukman masih tidak berpuas hati dengan Nukman yang padanya tidak ikhlas akur dengan kehendaknya untuk dijodohkan bersama Syirin. Beliau merasakan yang Nukman masih mengingati bekas kekasihnya, Diara yang memutuskan hubungan dengan Nukman 4 tahun lepas. Syirin berbincang dengan Nukman dan akhirnya terpaksa untuk bersetuju dengan desakan keluarga. Ayah dan ibu mereka nyata gembira dengan situasi tersebut dan Dato’ terus berbincang tentang majlis bertunang dan perkahwinan. 

Nukman terserempak dengan bekas kekasihnya, Diara di pusat membeli belah ketika mencari hadiah perkahwinan. Syirin melihat perubahan pada Nukman selepas insiden beliau terserempak dengan Diara. Nukman berjumpa dengan Diara yang menceritakan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya. Diara menyatakan yang beliau masih sayangkan Nukman dan sanggup bermadu dengan Syirin. 

Syirin mengadu dengan Nukman yang Nukman susah untuk berjumpanya dengan alasan sibuk sedangkan dia sudah mula membuka pintu hati pada Nukman. Syirin kecewa dengan perubahan Nukman. Syirin keluar rumah pada suatu malam ketika ibu bapanya tiada untuk menyertai Zakhif mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan. Zakhif menasihati Syirin agar tidak menyertainya pada masa hadapan kerana beliau akan menjadi isteri Nukman tidak lama lagi. 

Syirin berjumpa dengan Zakhif dan berkongsi masalahnya dengan Zakhif. Beliau meminta agar Zakhif masuk meminang yang membuatkan Zakhif terperanjat. Zakhif menyatakan yang perkara tersebut bukanlah perkara yang mudah dan mereka tidak setaraf. Diara bertemu dengan Syirin dan memujuknya untuk meneruskan perkahwinan dengan Nukman namun sebaliknya Syirin bertegas untuk memberi laluan kepada Diara. 

Syirin bertemu dengan Zakhif yang menyatakan kesediaannya untuk menghantar rombongan meminang Syirin. Dato’ mengamuk dan menampar Syirin apabila Syirin menyatakan yang beliau tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Nukman sebaliknya mahu berkahwin dengan Zakhif. Dato’ mempunyai pandangan negatif terhadap Zakhif kerana pernah ternampak Zakhif bersama dengan adik angkatnya, Eja. Dato jadi tidak tentu arah untuk menyampaikan berita tersebut kepada Mustakim, ayah Nukman. Beliau berasa sungguh malu dengan keputusan Syirin. Dato’ mengakui yang beliau memang tidak sukakan Zakhif yang padanya tiada masa hadapan dengan kerjayanya. Akhirnya Zakhif memberitahu Eja dan Mak Ani tentang rancangan pertunangannya dengan Syirin minggu hadapan dan meminta mereka turut serta dalam rombongan meminang. 

Adakah hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaan?


Tuesday, July 14, 2020

[Novel] Projek Memikat Suami

Projek Memikat Suami (TV Series 2013- ) - Cast & Crew — The Movie ...

Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah


Nawwal Husna, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

 Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick. Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan? 


Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia.