Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Thursday, March 11, 2021

Israk & Mikraj


Israk & Mikraj


Sebelum Isra’ dan Mikraj 

Sebelum berlangsungnya peristiwa agung ini, baginda Rasulullah s.a.w telah mengalami pembedahan dada atau perut. Pembedahan ini dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda s.a.w dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (ʹalaqah) yang merupakan tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Hati baginda yang dibelah itu, kemudian dimasukkan hikmah, ilmu dan iman ke dalamnya. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “Khatmun Nubuwwah”. 

Khadam Rasulullah s.a.w selama 10 tahun pemukiman Nabi di Madinah, Anas bin Malik r.a pernah melihat sendiri kesan jahitan pada dada Rasulullah s.a.w akibat telah menjalani pembedahan ini biarpun zaman itu umumnya masih belum menerima teori bedah dan sistem jahitan yang sungguh canggih bahkan menepati kaedah perubatan sebenarnya. Selesai pembedahan tersebut, binatang tunggangan para Rasul bernama Buraq pula didatangkan untuk ditunggangi oleh Rasulullah s.a.w dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ʺIsra’ʺ itu. 

 Semasa Isra’ dan Mikraj

 (a) Semasa Isra’ 

 Mustafa al-Siba’ie (2004) menghuraikan bahawa Isra’ dan Mikraj berlangsung antara lokasi Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin dengan melalui peristiwa-peristiwa yang begitu menakjubkan. 
  •  Ajaibnya juga, peristiwa sebuah batu besar tempat Nabi berpijak untuk dinaikkan ke langit ingin mengikuti Nabi, tetapi Nabi telah menahannya. Ini menyokong lagi bukti kesahihan peristiwa Isra’ dan Mikraj ini yang patut kita diimani memandangkan ia termasuk hal-hal yang ghaib. 
  • Sepanjang perjalanan Isra’ Rasulullah s.a.w yang diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibril itu, baginda telah tiba di lokasi-lokasi penting yang mempunyai martabat dan kemuliaannya yang tersendiri untuk diabadikan dalam sejarah Islam. Seluruh tempat tersebut baginda Rasulullah telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat di situ. Antara tempat-tempat berkenaan adalah seperti berikut: 
    •  (i) Kota Thaibah atau Yathrib (nama lama bagi Madinah) yang merupakan tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah 
    • (ii) Bukit Tursina yang merupakan tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah 
    • (iii) Baitul Laham di mana tempat Nabi Isa a.s dilahirkan 
  • Dalam perjalanan itu juga, baginda Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin Ifrit dengan obor api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa atau gambaran-gambaran simbolik yang amat ajaib sebagai berita-berita ghaib yang disingkapkan Allah melalui junjungan besar Baginda Nabi s.a.w. Antara yang disaksikan baginda adalah: 
    • Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru, tiba-tiba keluar semula, seolah-olah ia belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulangulang.Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril “Itulah kaum yang berjihad ʺFisabilillahʺ yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda, bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak”. 
    • Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firʹaun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firʹaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tidak mahu mengakui Firʹaun sebagai Tuhan)”. 
    • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala dan bercantum semula lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat)”. 
    • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.Kata Jibril “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka”. 
    •  Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak yang elok ada di sisi mereka. Kata Jibril “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami”
    •  Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril “Itulah orang yang makan riba”. 
    • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih sanggup menerima amanah yang lain”.
    • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya”. 
    •  Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela dan menghinakan) orang”. 
    • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat masuk semula ke lubang itu. Kata Jibril “Itulah orang yang suka bercakap besar (takabbur)”. 
    • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril “Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat”.
    • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah s.a.w tidak menghiraukannya. Kata Jibril “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua”. 
    •  Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat”. 
Setibanya di Masjid Aqsa, Rasulullah s.a.w turun dari Buraq. Kemudian Baginda masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat yang makmumnya terdiri daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul alaihimussalam. Setelah itu, Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril “Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat”.


 (b) Semasa Mikraj 

• Setelah itu Rasulullah dimikrajkan di malam yang sama dari Baitul Maqdis ke langit terdekat, 
  • Jibril meminta supaya dibuka pintu langit pertama, setelah dibukanya, di sana Rasulullah telah melihat Adam (a.s) bapa sekalian manusia, baginda pun memberi salam kepadanya, baginda dialu-alukan dan dibalas salamnya dan baginda diperakukan dengan kenabiannya. Allah memperlihatkan kepada baginda roh-roh para syuhadaʹ di sebelah kanannya dan roh-roh yang terseksa di sebelah kirinya. 
  •  Kemudian baginda dibawa naik ke langit kedua, Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibuka mereka memasukinya di sana didapati Nabi Yahya bin Zakaria dan Isa Ibni Mariam, diberinya salam lalu dijawab salam dan dialu-alukan mereka, di samping memperakui kenabian Muhammad (s.a.w). 
  • Setelah itu Jibril membawa Rasulullah ke langit ketiga di sana mereka bertemu dengan Nabi Yusuf, setelah salam diberi dan disambut baginda dialu-alukan dan diperakui kenabiannya. 
  • Seterusnya Rasulullah dibawa ke langit keempat di sana Baginda berjumpa dengan Nabi Idris (a.s), Rasulullah memberi salam kapadanya dan beliau menjawab. Baginda dialu-alukan dan diakui kenabian baginda. 
  •  Lepas itu Baginda dibawa ke langit kelima di sana Baginda bertemu dengan Nabi Harun bin Imran, baginda menjawab salam yang diberi. Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya. 
  • Kemudian Baginda dimikrajkan ke langit keenam. Di sana baginda bertemu dengan Musa (a.s). Baginda memberi salam dan dijawab maka dialu-alukan dan diperakui kenabiannya. Setelah Rasulullah berlepas dari Musa, Musa pun menangis, lalu ditanya Musa apa yangmembawa kau menangis? Jawab Musa “Aku menangis kerana orang yang diutuskan selepasku, umatnya memasuki Syurga lebih ramai dari umatku”
  •  Seterusnya Rasulullah dimikrajkan ke langit ketujuh, padanya baginda menemui Ibrahim (a.s), setelah salam diberi dan dijawab,Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya.
  • Sesudah itu baginda dimikrajkan ke Sidratul Muntaha dan dibawa ke Baitul Maʹmur serta mendengar tulisan al-Qalam di Lauh Mahfuz.
  • Akhirnya baginda dimikrajkan mengadap Allah al-Jabbar Jalla Jalaluh di arasyNya yang tertinggi. Baginda menghampiriNya paling terdekat, maka difirman dan diwahyukan serta difardukan kelima kepada hambaNya Muhammad lima puluh waktu solat.

    Dengan itu, baginda pun turunlah untuk pulang, namun di tengah jalan, baginda menemui Nabi Allah Musa bin Imran a.s yang bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w: “Dengan apa engkau diperintahkan?”
    Jawab baginda “Aku difardukan dengan lima puluh waktu solat”,
    jawab Musa “Umat engkau tidak akan mampu, kembalilah kepada Tuhan pohon kepadaNya pengurangan, demi untuk umat engkau”,
    baginda berpaling kepada Jibril bagaikan untuk mendapat pandangan, maka Jibril pun memberi persetujuan dengan pendapat Musa itu, dengan itu Jibril membawa semula hingga ke hadapan Tuhan Rabbul Jalil, justeru itu Allah pun mengurangkan hingga tinggal sepuluh waktu sahaja, maka baginda turun, semasa itu sekali lagi baginda melewati Musa (a.s), baginda menceritakan apa yang berlaku, maka kata Musa sekali lagi sebagai menasihati, Ayuh pulang semula kepada Tuhanmu mintakan agar dikurangkan lagi, demikianlah Rasulullah berulang-alik di antara Allah Rabbul Jalil dan Musa, dengan itu Allah perkurangkan, hingga tinggal menjadi lima waktu solat sahaja, masih lagi Musa menyuruh Rasulullah memohon pengurangan lagi, kemudian Rasulullah mengatakan:“Sesungguhnya aku terasa malu, malah setakat ini aku merelai dan menerima perintahNya itu”, setelah berjauhan baginda diseru,“Sesungguhnya Aku menguatkuasa solat fardu dan Aku ringankan ke atas hamba-hambaKu”. 


 (c) Selepas Mikraj 

 Rasulullah s.a.w turun ke langit dunia semula, seterusnya turun ke Baitul Maqdis, lalu penunggang Buraq dalam perjalanan pulang ke Makkah pada malam yang sama. Ada riwayat menyatakan bahawa tempat tidur Baginda Nabi s.a.w masih terasa kehangatannya di saat kepulangan baginda ke Makkah bagi membuktikan kekuasaan Allah s.w.t yang memperjalankan hambaNya dalam tempoh waktu yang sekejap sahaja. 

Perjalanan ini berakhir dengan menyimpan tanda-tanda dan maklumatmaklumat ghaib yang dikhabarkan Nabi s.a.w kepada umatnya. 

Pengajaran Israk & Mikraj

Untuk itu, peristiwa Isra’ dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara-perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. 
  •  Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaanNya. Seandainya peristiwa dalam Isra’ dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. 
  •  Kejadian Isra’ dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (adakah dipercayai atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi s.a.w langsung tidak mempercayai, malahan memperolokolokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. 
  • Peristiwa Isra’ dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah s.w.t. Allah s.w.t telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaranNya kepada baginda s.a.w. 
Firman Allah s.w.t: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami.Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israaʹ: Ayat 1)

Friday, January 29, 2021

Berkat Membaca Bismillah


Berkat Membaca Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu pekerjaan sentiasa didahului dengan Bismillah. 

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. 

Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." 

 Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." 

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.




Love, 

Cik Purple

Doa Sampai Ke Tempat tujuan



اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى سَلَمَنِى وَالَّذِى اَوَنِى وَالَّذِى جَمَعَ الشَّمْلَ بِ 

Alhamdulillahil ladzi sallamani wal ladzi awani wal ladzi jama’asy syamla bi 


maksudnya : Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkanku dengan keluargaku.” 



Friday, January 22, 2021

Wanita Pertama Masuk Ke Syurga


Wanita Pertama Masuk Ke Syurga

Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda: “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”. 

 Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia terlebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda?" 


 Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”

Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk. Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. 


Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”

Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”

Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”. Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. 


Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa. 


Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak. 


Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, Siti Muti'ah memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. 

Suaminya yang terkejut dan hairan pun berkata,“Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”


 Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, Siti Muti'ah berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis. 

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya,“Mengapa dengan awak ini?” 

 Siti Muti'ah itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. 

“Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. 

 Jawab Siti Muti'ah, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat." 

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula dengan tongkat itu?” 

 Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. 

Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” 

 Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”. 


 Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu berkata didalam hati, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”


Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”. 

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa





Love, 

Cik Purple

Doa Keluar Tandas



غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَذْهَبَ عَنّى اْلاَذَى وَعَافَانِىْ 

Ghufraanaka. Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii. 


Maksudnya : Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku”




Doa Masuk Tandas



اللَّهُـمَّ إِنِّي أَعُـوذُ بِـكَ مِـنَ الْخُـبْثِ وَالْخَبَائِث 


(Bismil-lah) allahumma innee aAAoozu bika minal-khubsi wal-khoba-ith 


Maksudnya :  Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina



Friday, January 15, 2021

Kisah Lelaki Yang Takut berbuat Maksiat, Diselamatkan oleh Jibril

 

Kisah lelah yang takut berbuat maksiat, diselamatkan oleh Jibril

Pada zaman dahulu,di kalangan Bani Israil,ada seorang lelaki yang sangat ikhlas dan rajin mengerjakan ibadah. Ramai wanita tertawan dengan ketampanan lelaki itu. Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama untuk mengawalnya daripada melakukan kemaksiatan. 

Suatu hari, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya sendiri, dia tiba di hadapan pintu istana raja. Kebetulan salah seorang daripada dayang istana ternampak lelaki tersebut dan terpesona dengan ketampanannya. Dayang tersebut kemudiannya bercerita mengenai lelaki yang tampan itu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat jahat di hatinya. “Suruh orang muda itu masuk menghadap beta,” titahnya kepada dayang tersebut. Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkan sepasang pakaian diraja dan berkata, “Letakkan semua tas keranjang kamu itu dan pakailah pakaian ini.” 

Kemudian permaisuri itu menyuruh dayangn mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepada lelaki tersebut. Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala arahan permaisuri. “Orang muda! Kamu jangan khuatir. Beta akan memenuhi segala permintaanmu asalkan kamu bersedia memenuhi nafsuku.” Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu, gementarlah lelaki itu lalu berkata, “Aku tidak akan melakukan perbuatan terkutuk yang dimurkai Allah!” 

Permaisuri cuba juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagal mempengaruhinya. Akhirya dengan perasaan marah, ia berkata, “Baiklah! Kalau kamu tetap ingkar memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini.” Kemudian permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintu dan tingkap istana. Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya, ” Wahai permaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalam istana.” Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkan lelaki itu naik ke menara istana. 

Apabila telah berada di puncak istana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, “Wahai jiwa! Selama 70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa saat semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah! Kau mengkhianati dirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!” Dalam keadaan malu dan takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dari menara yang tinggi itu. 

 Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih pun berfirman: “Wahai Jibril! Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dan kedosaan. Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai ia binasa!”

Imam Muslim dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Al-Zubair , bahawasanya 
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya wanita itu , ketika datang dari depan , dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula” 

Oleh sebab itu , jika salah seorang dari kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian , maka hendaklah segera mendapatkan sebagai isteri , dengan itu dapat menolak (nafsu) yang ada di dalamnya .” Syaitan itu membuat wanita kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya , agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah swt





Love, 

Cik Purple

Doa Memakai Pakaian


اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَـيـْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُـوَّة 

Alhamdu lillahil-lazi kasani hatha (athwab) warazaqaneehi min ghayri hawlin minnii wala quwwah.


Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian)ini dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya da kekuatan dariku



Friday, January 8, 2021

Kisah Nabi Muhammad dan beberapa biji limau


Kisah Rasulullah dan beberapa biji limau 


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda ada bersama beberapa sahabat Baginda. Wanita tersebut membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Rasullullah SAW. Cantik sungguh buah limau itu..Sesiapa yang melihat pasti terliur dan mengidam mahukannya. Baginda menerimanya dengan senyuman yang gembira. 

Buah limau itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman tak lekang dari bibir. Kebiasaannya, Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini sahabat hanya mampu melihat. Tidak seulas pun buah limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehinggalah habis kesemua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang sambil diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda. 

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW pada ketika itu .Para sahabat bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan.. "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam sebenarnya.Sekiranya kalian turut makan bersama,saya khuatir ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.Saya bimbang sekiranya wanita itu akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan kesemuanya." 

Begitulah akhlak peribadi Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah memperkecil-kecilkan pemberian seseorang walaupun benda yang tidak baik, ataupun dari orang yang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang hampa. Mengapa? Sebenarnya wanita itu bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan buah limau yang masam itu. Malangnya dia tidak berjaya. Rancangan jahatnya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.





Love, 

Cik Purple

Friday, January 1, 2021

Doa Naik Kenderaan



سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ 

Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibun. 

maksudnya : Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.



Friday, July 31, 2020

Surah Al- Ma'un




Aro aytal ladzi_ yukadz dzibu biddi_n, 
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan),

 Fadza_likal ladzi_ yadu' 'ul yati_m, 
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

 Wala_ ya hhudh dhu 'ala_ to'a_mil miski_n, 
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin

 Fawaylul lil mu ssolli_n, 
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang2 yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang2 ahli sembahyang 

 Alladzi_nahum 'an ssola_tihim sa_hu_n,
 (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya, 

Alladzi_nahum yuro_u_n, 
(Juga bagi) orang2 yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya) 

 Wayamna'u_ nal ma_'u_n. 
Dan orang2 yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)



Friday, July 24, 2020

Surah Al- Fill





Alam tarokayfa fa'ala robbuka bi ass hha_bil fi_l, 
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah) 

 Alam yaj'al kaydahum fi_ tadhli_l,
 Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka, 

 Wa arsala 'alayhim toyran aba_bi_l, 
Dan Ia telah menghantarkan pada mereka (rombongan) burung berpasuk2an 

 Tarmi_himb_ bi hhija_ rotim_ mins_sijji_l, 
Yang melontar mereka dengan batu2 dari sejenis tanah yang dibakar keras 

 Faja'alahum ka'assfim_ makku_l.
 Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun2 kayu yang dimakan ulat.



Tuesday, July 21, 2020

Favourite Story

July Journaling Challenge - Emily Jane

Favourite Story


my favourite story... 
ermm... kisah sahabat Rasulullah, Nu'aiman... 
bila dengar syeikh yang cerita kat youtube tu..
terusss ketawa...

ia beri 1 sisi pandang yang xde la semua sahabat nabi itu tegas seperti Umar bin Khattab.. 
x juga semua sahabat nabi itu lembut seperti Uthman bin Affan.. 
ade juga yang nakal seperti Nu'aiman.. 

nak tahu kisah dia??? 
pi cari pii... 



Friday, July 17, 2020

Amalan Bulan Zulhijjah

Keutamaan Ibadah Bulan Dzulhijjah - Siaga Bencana Aqidah (Sigabah.com)

Amalan Di Bulan Zulhijjah


Sepuluh hari pertama yakni (1-10 Zulhijah, kalender Takwim Hijrah) merupakan hari-hari yang terbaik untuk beramal soleh (beramal dengan kebaikan) kerana Allah Taala mengikut perspektif Islam, lebih menyukainya jika dibandingkan mengerjakan amalan-amalan baik pada hari-hari lain dalam tempoh sepanjang satu tahun bagi setiap tahun di dunia.

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, 
Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: 
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ. 
Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini (Baginda memaksudkan 10 hari terawal Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757))

Menurut Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari: “Sebab yang menjadikan istimewanya sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijah adalah kerana padanya terkumpul ibadat-ibadat besar (dalam Islam) seperti solat, puasa, sedekah dan haji, yang (semua) ini tidak terdapat pada hari-hari yang lain.” Oleh itu, ambillah peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan amalan soleh. Lakukanlah apa sahaja amalan dengan ikhlas dan mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Berikut adalah antara amalan yang digalakkan untuk 10 hari pertama Zulhijjah. 

 7 AMALAN YANG DIGALAKKAN PADA 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH 

1. AL-QURAN 
  • Selalu membaca Al-Quran 
  • Mendengar alunan ayat suci Al-Quran daripada pelbagai Qari dan Qariah 
  • Menghafal dan mengulangkaji surah-surah yang dihafal 
  • Membaca atau mendengar terjemahan dan tafsir 
  • Muhasabah diri dari terjemahan dan maksud ayat-ayat Al-Quran


2. SOLAT 
  • Mengerjakan solat di awal waktu 
  • Mengerjakan solat dengan peuh rasa rendah diri dan khusyu’ 
  • Membaca surah-surah yang berlainan di setiap rakaat 
  • Mengerjakan Solat Sunat Ishraq /Dhuha 
  • Memanjangkan bacaan dalam solat sunat Tahajud


3. AMALAN KEBAJIKAN 
  • Mengeluarkan zakat bagi yang cukup syarat 
  • Memberikan sumbangan barangan yang disukai dan yang berlebihan 
  • Berbelanja untuk ibu bapa, pasangan, anak-anak, saudara mara, rakan taulan dan mereka yang memerlukan


4. BERPUASA 
  • Berpuasa sekerap yang mampu pada 9 hari pertama terutamanya Hari Isnin-Khamis dan pada hari 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Dengan penuh pengharapan puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang (HR Muslim) 
  • Qada’ puasa bagi puasa yang tertinggal (jika ada).


5. HARI RAYA AIDIL ADHA & IBADAH QURBAN 
  • Tidak memotong kuku dan rambut sehingga selesai penyembelihan binatang qurban. 
  • Mengikuti semua amalan-amalan sunnah Aidil Adha. 
  • Mengerjakan Solat Sunat Aidil Adha dengan penuh rasa semangat. 
  • Mengerjakan ibadah qurban dengan hati yang ikhlas. 
  • Makan daging qurban dan memberi makan daging qurban kepada orang lain. 
  • Menziarahi saudara mara dan rakan taulan. 


6. ZIKIR & DOA 
  • Mempertingkatkan bacaan zikir – Tahlil, Takbir dan Tahmid. 
  • Membaca zikir pagi, petang dan doa-doa mengikut sunnah. 
  • Membaca selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. 
  • Memperbanyakkan doa ketika waktu mustajab doa terutamanya pada Hari Arafah.


7. HUBUNGAN KEMASYARAKATAN 
  • Memperkukuhkan hubungan dengan saudara-mara. 
  • Menjaga kebajikan jiran tetangga. 
  • Membantu orang yang memerlukan. 
  • Menyertai program-program sukarelawan komuniti.


LAIN-LAIN AMALAN 
  • Sentiasa mengambil peluang untuk melakukan kebaikan. 
  • Menjauhi perbuatan dan kata-kata yang sia-sia. 
  • Menjauhi perbuatan dosa besar dan dosa kecil. 
  • Sentiasa memenuhi masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat. 


Akhir kata, sebagaimana meriahnya umat Islam memenuhi setiap masjid dan surau pada bulan Ramadan, hal sama juga perlu dilakukan pada 10 hari awal Zulhijjah ini kerana begitu banyak keistimewaannya yang dinyatakan dalam hadis sahih.


Zulhijjah

Bukan Ramadhan Saja Pesta Ibadah, Ini 5 Kelebihan Bulan Zulhijjah ...

Zulhijjah

Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah.

 Ibadat Haji dilakukan di bulan ini dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada setiap 10 Zulhijjah. Hari Tasyrik iaitu hari ke-11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa kerana hari-hari tersebut juga merupakan "Hari Makan Minum" untuk umat Islam.

Bagi mereka yang sedang melakukan ibadah Haji dan sedang berwukuf di Arafah, hari ke-9 Zulhijjah juga adalah dilarang melakukan ibadah puasa. Namu bagi yang bukan berada dalam ihram, mereka disunatkan berpuasa pada hari wukuf.

Hari - hari Penting Dalam Bulan Zulhijjah


  • 09 Zulhijah, Hari Arafah 
  • 10-13 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha 
    • dirayakan oleh seluruh umat Islam yang menunaikan ibadah haji mahupun yang tidak, 
    • perayaan ini sebagai satu simbolik dalam peristiwa penyembelihan Nabi Ismail a.s. oleh ayahdanya Nabi Ibrahim a.s., namun Allah telah menukarkan penyembelihannya kepada seekor kambing biri-biri. 
  • 26 Zulhijah, kematian Khalifah Ar-Rasyidin Saidina Umar Al-Khattab




Surah An - Nasr






Idza_ja_a nassrulla_hi walfathh,
 Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai Negeri Makkah), 

 Waro aytan_na_ sayad khulu_na fi_ di_nilla_hi afwa_ja_ , 
Dan engkau lihat manusia masuk ugama Allah beramai2, 

 Fasabbihh bihhamdi robbika wastaghfirh, 
Maka, ucaplah tasbih dengan memuji Tuhanmu, dan mintalah ampun kepadanya 

 In_nahu ka_na taw_wa_ba_ 
Sesungguhnya, Ia amat menerima taubat



Friday, July 10, 2020

Mariah Al-Qibtiyah

siluet | Gambar pengantin, Siluet, Ilustrasi kartun

Maria Al- Qibtiyyah


Maria al-Qibtiyyah, (Mariah si Qibti) merupakan salah seorang isteri kepada Nabi Muhammad.

 Anak Muhammad ketika bersama dengan Mariyah Al-Qibtiyah bernama Ibrahim



Zainab Binti Khuzaimah


siluet | Gambar pengantin, Siluet, Ilustrasi kartun

Zainab Binti Khuzaimah


Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia sewaktu Nabi Muhammad masih hidup.


Umrah Binti Yazid Al-Kilabiyah

siluet | Gambar pengantin, Siluet, Ilustrasi kartun

Umrah Binti Yazid Al-Kilabiyah


Nabi Muhammad berkahwin dengan Umrah ketika Umrah baru sahaja memeluk agama Islam. Umrah telah diceraikan dan dipulangkan kepada keluarganya.



Zainab Binti Jahsyin


siluet | Gambar pengantin, Siluet, Ilustrasi kartun

Saidatina Khadijah Binti Khuwailid


Zainab merupakan isteri kepada Zaid ibn Harithah, yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat Nabi Muhammad setelah dia dimerdekakan. 


Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh Nabi Muhammad. 


 Upacara perkahwinan dilakukan oleh al-Abbas bin Abdul Mutalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi pihak Nabi Muhammad.