Sunday, June 28, 2020

Natural Batik Village, Kuantan


Natural Batik Village (Kuantan) - 2020 All You Need to Know BEFORE ...

Natural Batik Village



Natural Batik Village yang terletak berdekatan dengan Pantai Balok pasti memberi kegembiraan kepada pengunjung yang kali pertama merasai pengalaman mencanting batik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual cendera hati berasaskan lukisan corak batik untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Pusat batik ini sering menjadi lokasi tumpuan ramai pengunjung kerana suasana kedainya yang mesra pelanggan dan produk yang dihasilkan amat berkualiti. 

 Natural Batik Village ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mencanting batik mengikut cita rasa dan kreativiti sendiri namun perkhidmatan ini akan dikenakan sedikat bayaran. Hasil batik yang telah siap boleh dibawa pulang sebagai cenderamata oleh pengunjung. 

Justeru, pengunjung yang melawat ke lokasi ini akan melihat sendiri penghasilan batik dari mula sehingga terhasilnya sehelai batik, menjadikanya suatu pengalaman yang berharga. Oleh itu, pengujung yang meminati seni warisan penghasilan batik jangan lepaskan peluang untuk ke Natural Batik Village.


Alamat: Kampung Cengal Lempung, 26100 Balok



Lee Garden Food Market, Hatyai




Lee Garden Food Market



Ok yang ni pun adalah salah satu pasar malam paling popular di Hat Yai jugak. Terletak bebetul di bawah atau hadapan hotel Lee Garden Plaza, so kedudukan dia memang strategik dan mudah untuk korang cari. Sesuai untuk korang yang malas nak naik tuktuk untuk pergi cari makan ke tempat jauh-jauh.

Tapi hati-hati ya. Bukan semua stall ada menjual makanan halal kat sini. Pastikan ada logo halal, dan tanya sendiri peniaga kat situ sama ada dia bebetul muslim atau tidak. Isu peniaga hanya menipu dan pakai tudung dengan tujuan untuk berniaga sahaja, bukan isu kita. Itu isu antara dia dengan Tuhan. Yang penting, tanggungjawab kita sebagai muslim dah berusaha memastikan makanan yang kita nak beli itu adalah halal.



Samila Beach, Hatyai


Samila Beach

Samila Beach


Menyaksikan pemandangan matahari terbenam, pastinya memberikan anda satu pengalaman yang cukup indah. Bagi pengunjung yang bercuti di Hatyai, anda bolehlah berjalan-jalan di sekitar Pantai Samila sambil menikmati angin laut dengan menunggang kuda padi disepanjang pesisir pantai. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh bergambar di sekitar tugu The Golden Mermaid, Hatyai Dragon Head serta replika kucing dan tikus yang mempunyai kisah disebalik setiap replika itu.



Resipi Sambal Belacan


Resipi Sambal Belacan Tomato oleh Zaryn Candybuffet - Cookpad

Resipi Sambal Belacan


Bahan-bahan diperlukan: 


  • 1 cawan cili padi 
  • 1/4 cawan gula 
  • 1/4 cawan garam 
  • 1 sudu besar belacan 
  • 1 biji tomato 
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 1/2 biji lemon diambil airnya 
  • Sedikit air masak 


Cara menyediakan dan memasak: 


  1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing 
  2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar 
  3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas 
  4. Siap untuk dihidang



Resipi Masak Lemak Pucuk Ubi

MASAKAN DARI DAPURKU: MASAK LEMAK CILI API PUCUK UBI

Resipi Masak Lemak Pucuk Ubi


Bahan-bahan diperlukan: 


  • 1 ikat daun ubi 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 ulas bawang merah 
  • 1 cm halia 
  • 1 sdm udang kering(rendam kemudian tumbuk/blend halus)
  •  6 biji cili padi 
  • 1 kotak santan pekat(200ml) 
  • 1 kotak air(disukat dengan kotak santan tadi) 
  • 1/2 sdt ajinomoto



Cara menyediakan dan memasak: 


  1. Tumbuk daun ubi bersama dengan halia dan 1 ulas bawang putih.jangan diperah airnya.gaul bersama 1/2 sdt ajinomoto tadi.biarkan lebih kurang 5 minit. 
  2. Kemudian tumbuk 2 ulas bawang putih bersama dengan cili,bawang merah dan udang kering tadi. 
  3. Panaskan minyak.tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau.(jangan sampai garing).
  4. kemudian masukkan daun ubi dan kacau sebentar. Apabila daun ubi dah agak lembut,masukkan air dan santan.biar mendidih dan perasakan secukupnya.sedia dihidang.


    Jangan masak daun ubi terlalu lama kerana ia menyebabkan rasa pahit dan kelat.cukup sekadar kalernya bertukar layu sedikit.



Resipi Sambal Goreng Jawa

Sambal Goreng Jawa Sedap Rasa - RASA

Resipi Sambal Goreng Jawa


Bahan-bahan diperlukan: 


  • 2 biji kentang (Dibuang kulit dan dihiris nipis) 
  •  1 keping tauhu (Dipotong kecil) 
  • 1 keping tempe (Dipotong kecil) 
  •  ½ cawan ikan bilis 
  •  15 biji cili api 
  •  10 biji bawang merah 
  •  3 ulas bawang putih 
  •  2 batang serai 
  •  ½ inci lengkuas
    (Cili api, bawang merah, bawang putih, serai dikisar bersama lengkuas) 
  •  1 sudu makan kicap lemak manis
  •  ¼ cawan air asam jawa 
  •  ½ cawan santan 
  •  Sedikit suun (Dipotong pendek dan direndam) 
  •  1 labu bawang besar (Dihiris) 
  •  Minyak masak secukupnya 
  •  Garam secukup rasa



Cara menyediakan dan memasak: 


  1. Panaskan minyak masak kemudian gorengkan kentang, tempe, tauhu dan ikan bilis secara berasingan.Tuskan minyak. 
  2.  Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kicap, air asam jawa, santan, dan garam. Kacau sehingga agak kering. 
  4.  Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi dan suun. Kacau rata. 
  5.  Masukkan bawang besar dan kacau lagi sehingga kering. Sedia dihidangkan.



Saturday, June 27, 2020

Exora Buat Hal Pulak


hari nie aku keluar dengan Mr Ted..
asalnya nak keluar seorang...
nak pergi buat delivery keropok lekor..
biasalah..sejak jadi saudagar keropok lekor.. 
nak dapat duit lebih.. so.. kena la gigih..

kebetulan ade sorang kawan mesej..
mintak tolong teman dia malam karang..
dia mintak tolong Mr Ted sekali teman..
so.. plan dengan Mr Ted.. ajak teman buat delivery.. then pergi jmpe kawan tu.
Mr Ted pon okey.. 

so.. sampai je Mr Ted kat rumah..
mintak dia tampal roadtax baru.. then isi minyak segala..
pelan pelan kayuh pergi buat delivery..
kali nie.. kita buli.. mintak Mr Ted yang drive..
so.. kita boleh msg customer & search google. 

so.. hantar dengan selamba jeeee... 
dh lepas route pertama... nak ke lokasi kedua..
dalam perjalanan.. eh eh eh.. tetibaa.. 
kete berenjut.. and mati enjin.. 
me dah.. omg... habislahhh.. 

nasib Mr Ted yang drive.. 
nasib dia ade.. kalau x.. kita nangiss dah.. xtahu buat ape..
call Abang Im.. tanya ape nak buattt.. 
few things dia suruh buat thru call... 
and tetiba blh indup engine.. 
fuhhhh.. 

after few suggestions and soal jawab.. teruskan ke 2nd location.. 
smpai kat 2nd location.. ok je.. 
alhamdulillah.. tu pon bawak pelan pelan...
hati kita debar debar jugakk. 
dh smpai parking.. just idle kan kereta.. but engine still running..
suddenly.. enjin mati..
haaa.. sudahh... aku dh panasss.. bagaimana..
aku nunnn jauhhh nie. 

call Abang Im sekali lagi..
tanya tanya tanya..
buat ape dia suruh...
try idup enjin.. eh.. idup balik..
yesssss.. 

x lama lepas tu. dlm 10 minit borak dengan Abg Im..
tetiba.. enjin mati sekali lagi..
bertambah cuakkk..
pastu.. Abang im suruh buat ape dia suruh..
while he diagnose dari jauh..
last last... 

"tinggal la kete kat situ.. cari tempat yang selamat... something not really good jadi.. mebi fuel kot.. but i cant say much selagi x pegang & nengok depan mata " 
 me like.. tercengangg...
abislaaaaaaaaaahhh


** sambung next post **