Sunday, June 28, 2020

Natural Batik Village, Kuantan


Natural Batik Village (Kuantan) - 2020 All You Need to Know BEFORE ...

Natural Batik Village



Natural Batik Village yang terletak berdekatan dengan Pantai Balok pasti memberi kegembiraan kepada pengunjung yang kali pertama merasai pengalaman mencanting batik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual cendera hati berasaskan lukisan corak batik untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Pusat batik ini sering menjadi lokasi tumpuan ramai pengunjung kerana suasana kedainya yang mesra pelanggan dan produk yang dihasilkan amat berkualiti. 

 Natural Batik Village ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mencanting batik mengikut cita rasa dan kreativiti sendiri namun perkhidmatan ini akan dikenakan sedikat bayaran. Hasil batik yang telah siap boleh dibawa pulang sebagai cenderamata oleh pengunjung. 

Justeru, pengunjung yang melawat ke lokasi ini akan melihat sendiri penghasilan batik dari mula sehingga terhasilnya sehelai batik, menjadikanya suatu pengalaman yang berharga. Oleh itu, pengujung yang meminati seni warisan penghasilan batik jangan lepaskan peluang untuk ke Natural Batik Village.


Alamat: Kampung Cengal Lempung, 26100 Balok



No comments:

Post a Comment