Lee Garden Food Market
Ok yang ni pun adalah salah satu pasar malam paling popular di Hat Yai jugak. Terletak bebetul di bawah atau hadapan hotel Lee Garden Plaza, so kedudukan dia memang strategik dan mudah untuk korang cari. Sesuai untuk korang yang malas nak naik tuktuk untuk pergi cari makan ke tempat jauh-jauh.
Tapi hati-hati ya. Bukan semua stall ada menjual makanan halal kat sini. Pastikan ada logo halal, dan tanya sendiri peniaga kat situ sama ada dia bebetul muslim atau tidak. Isu peniaga hanya menipu dan pakai tudung dengan tujuan untuk berniaga sahaja, bukan isu kita. Itu isu antara dia dengan Tuhan. Yang penting, tanggungjawab kita sebagai muslim dah berusaha memastikan makanan yang kita nak beli itu adalah halal.
No comments:
Post a Comment