Sunday, May 24, 2020

Resipi Sos Pencicah Sedap (Colek & Keropok)

Keropok Lekor Ganu Di Melaka - Posts | Facebook
Resipi Sos Pencicah Sedap (Colek & Keropok Lekor)


Bahan-Bahan 


  • 1 cawan gula merah 
  • 3 sudu makan lada kisar 
  • Air asam jawa, 
  • garam dan belacan secukup rasa 
  • 2 gelas air

Cara- Cara Membuatnya 


  1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, lada, garam, belacan dan air asam jawa. 
  2. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. 
  3. Angkat dan hidangkan bersama keropok lekor.



Resipi Keropok Lekor Terengganu

Keropok Lekor Ganu Di Melaka - Posts | Facebook

Resipi Keropok Lekor Terengganu


Bahan – bahan: 

  •  1kg ikan selayang yang segar 
  • 300 gram tepung sagu 
  • 150 ml air sejuk dari peti 
  • 2 sudu kecil garam



Cara – cara penyediaan: 

  1.  Asingkan isi ikan dari tulangnya. Kisar isi ikan dan garam bersama air. 
  2. Uli bahan kisar bersama tepung sagu. 
  3. Bentukkan doh memanjang dan taburkan tepung sagu supaya tidak melekat. 
  4. Rebus keropok lekor sehingga terapung.


Selamat Hari Raya Aidilfitri



Salam Aidilfitri 2019 dari Team SSPN - Love SSPN


Saturday, May 23, 2020

[DIY] Orange Rose Bath Bombs


Intergalactic | Bath Bombs | Lush Cosmetics
DO-It Yourself
Homemade Orange Rose Bath Bombs



What You’ll Need: 

  •  Sodium Bicarbonate 
  • Citric Acid 
  • Epsom Salt 
  • Pink Scrubbing Salt 
  • Jojoba Oil 
  • Calendula Oil 
  • Rose Water 
  • Sweet Orange Essential Oil 
  • Clear Round Plastic Bubble Mold – 6cm each 
  • Big Mixing Bowl 
  • Beaker 
  • Gloves (wear them when mixing the ingredients!) 
  • Digital Scale 
  • Spray Bottle (for spritzing rose water in case the bath bomb mixture isn’t wet enough)


Instructions 

  1.  In a big mixing bowl, add 230g of Sodium Bicarbonate, 115g of Citric Acid, 60g of Epsom Salt and 55g of Pink Scrubbing Salt.
  2. Wear gloves and mix the dry ingredients with your hands. Make sure that there are no clumps. 
  3. In a beaker, add 10g of Jojoba Oil, 8g of Calendula Oil, 15g of Rose Water and 20 drops of Sweet Orange Essential Oil.

    *Note: Don’t worry about the oil-water separation in the beaker. It will come together with the dry ingredients in the mixing bowl.
  4. Gradually add the wet ingredients to the dry ingredients in the mixing bowl. Mix thoroughly each time the wet ingredients are added.
  5. Check the texture of your bath bomb mixture. Squeeze a handful and if it doesn’t hold its shape, spritz with Rose Water and mix with each spray. The texture should be similar to wet sand. 
  6. Fill two halves of the clear round plastic bubble mold and gently close it. 
  7. Leave aside for a day so that it can harden completely before removing from mold.

    *Notes:
    a) It’s best to keep bath bombs in an air-tight container so that the oils won’t go rancid fast and the fizziness doesn’t decrease.
    b) These bath bombs are made of natural ingredients and has no additional foaming agents, so it wont bubble as much as other bath bombs that have foaming agents
    .


happy crafting


Friday, May 22, 2020

Kisah Hijrah Ke Habsyah

Hijrah – Religious Rehabilitation Group

Kisah Hijrah Ke Habsyah


Kedudukan kaum Muslimin di Mekah semakin terancam. Setiap hari kafir Quraisy sentiasa mengganggu dengan pelbagai kesusahan terutama kepada golongan bawahan. Apabila hal ini berterusan, akhirnya Rasulullah SAW membenarkan kaum Muslimin berhijrah ke Habsyah. Raja Habsyah ketika itu adalah seorang Kristian. Namun dia tidak memusuhi kaum Muslimin. Dia dikenali dengan sifat penyayangnya. 

Hijrah pertama ini terjadi di bulan Rejab iaitu setelah lima tahun keRasulan. Golongan yang berhijrah ini terdiri daripada 12 lelaki dan lima perempuan. Mereka telah dikejar oleh pihak Quraisy namun berjaya melepaskan diri dan tiba di Habsyah dengan selamat. 

Tidak lama kemudian kaum Muslimin mendengar berita bahawa pihak Quraisy telah menerima mereka kembali dan juga ajaran Islam. Oleh itu, mereka memutuskan untuk pulang semula ke Mekah kerana kota itu telah kembali aman. Namun sebelum mereka memasuki kota Mekah, mereka mendapat tahu bahawa berita yang didengari ketika di Habsyah dahulu adalah tidak benar. Jadi sebahagian daripada kaum Muslimin terpaksa pulang semula ke Habsyah dan sebahagian lagi terpaksa masuk ke kota Mekah dengan mendapat perlindungan dari orang-orang yang berpengaruh. 

Selepas kejadian itu, satu rombongan lagi berhijrah ke Habsyah. Hijrah kedua ini disertai lebih ramai kaum Muslimin iaitu 83 lelaki dan 18 perempuan. Puak kafir Quraisy sangat marah apabila mengetahuinya. Mereka telah menghantar satu rombongan ke Habsyah dengan membawa pelbagai jenis hadiah untuk diberikan kepada raja, pembesar dan paderi-paderi Kristian Habsyah. 

Setelah tiba di sana dan sujud di hadapan raja, mereka menyerahkan hadiah-hadiah itu dan berkata : “Tuanku, segolongan orang-orang kami telah meninggalkan agama nenek moyang mereka. Mereka telah menganut agama baru. Kaum keluarga mereka telah mewakilkan kami untuk membawa mereka pulang semula ke Mekah. Oleh itu kami meminta kebenaran tuanku supaya kami dapat membawa mereka semua pulang.” 

Raja Habsyah menjawab, “Kami tidak dapat menyerahkah orang-orang yang diminta itu begitu sahaja tanpa usul periksa. Biarlah kami memeriksa mereka terlebih dahulu dengan mendengar hujah-hujah mereka. Sekiranya tuduhan kamu benar, barulah kami akan serahkan mereka kepada kamu.” 

Raja Habsyah pun memerintahkan supaya kaum Muslimin itu dihadapkan di hadapannya. Kaum Muslimin mula merasa resah. Sebaik sahaja mereka tiba di hadapan raja, mereka mengucapkan salam. Mereka dimarahi oleh seorang pengawal kerana tidak sujud sebagaimana adat orang-orang Habsyi. Namun mereka menjelaskan, “Rasulullah SAW melarang sujud kepada sesiapa pun kecuali Allah SWT.” 

Setelah itu Raja Habsyah memerintahkan mereka supaya memberikan hujah-hujah bagi membela diri. Saidina Jaafar r.a bangun dan berkata : “Tuanku, sebelum ini kami adalah manusia jahil. Kami tidak mengenal Allah dan RasulNya. Kami menyembah batu, memakan bangkai dan melakukan pelbagai kejahatan dengan sesuka hati. Siapa yang kuat akan menindas yang lemah. Kemudian lahirlah seorang nabi yang membawa pembaharuan dalam kehidupan kami. Akhlaknya yang mulia, lurus dan kehidupannya yang bersih memang telah diketahui umum. Baginda menyeru kami supaya menyembah Allah dan meninggalkan segala perbuatan syirik. Baginda mengajar kami perbuatan makruf dan melarang kami melakukan perkara mungkar. Baginda mengajar kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati kaum kerabat dan jiran. Daripada Baginda, kami belajar bersolat, berpuasa, berzakat dan berakhlak mulia. Kami diajar supaya menjauhi pergaduhan dan pertumpahan darah. Baginda melarang berzina, berbohong, memakan harta anak yatim secara haram, memfitnah dan lain-lain keburukan. Baginda mengajar kami Al Quran yang merupakan kitab yang agung. Oleh itu, kami percaya kepadanya dan menerima ajaran yang dibawanya. Dengan sebab inilah kami diganggu dan diseksa supaya kami kembali kepada keadaan kami dahulu. Apabila kezaliman semakin berleluasa, kami memohon izin nabi kami untuk berlindung di bawah tuanku di sini.” 

Raja Habsyah berkata, “Bacakanlah Al Quran sebagaimana yang telah kamu pelajari dari nabi kamu.” Saidina Jaafar membaca ayat pada permulaan surah Maryam. Ayat-ayat ini amat menyentuh hati sehingga menitiskan air mata orang yang mendengar. “Demi Allah! Ini adalah dari perkataan-perkataan yang diturunkan kepada Musa dan datang dari sumber cahaya yang sama,” seru Raja Habsyah. Sambungnya, “Beta tidak dapat menyerahkan orang-orang Islam ini kepada kamu.”

Orang-orang kafir Quraisy merasa sungguh malu. Namun peristiwa ini tidak melemahkan semangat mereka. Mereka kemudiannya berkumpul dan berbincang untuk berbuat sesuatu yang akan menimbulkan kemarahan raja terhadap kaum Muslimin. Tetapi tidak semua ahli rombongan yang bersetuju. Mereka bimbang keselamatan orang-orang Islam akan terancam dan seterusnya tidak dapat dibawa pulang ke Mekah. 

Esoknya puak Quraisy telah menghadap raja sekali lagi. Mereka memutuskan untuk menyatakan bahawa orang-orang Islam itu tidak mempercayai bahawa Isa itu anak Tuhan. Apabila orang-orang Islam itu dibawa ke hadapan raja dan diminta membuat penjelasan mengenai hal itu, mereka menjawab : “Kami percaya dengan firman Allah yang disampaikan melalui nabi kami mengenai Isa iaitu dia hanyalah seorang hamba dan utusan Allah. Kami juga percaya dengan firman Allah yang telah disampaikan kepada Maryam.” Raja Habsyah lalu berkata, “Begitu juga dakwah Isa mengenai dirinya.” Apabila paderi mendengar kata-kata raja, mereka membantah namun tidak dihiraukan. 

Raja Habsyah mengembalikan semula segala hadiah yang diberi oleh orang-orang Quraisy. Raja telah menjamin keselamatan dan perlindungan untuk kaum Muslimin. Orang-orang kafir Quraisy pulang ke Mekah dengan perasaan yang amat malu. 

Kejadian ini telah menyebabkan kemarahan yang semakin membara terhadap orang-orang Islam. Lebih-lebih lagi apabila tidak lama kemudiannya, Umar Al Khattab pula telah memeluk Islam. Suatu mesyuarat telah diadakan. Tujuan utama adalah untuk membunuh Rasulullah SAW yang menjadi punca permasalahan. Namun begitu, pembunuhan ini bukan mudah untuk dilakukan. Rasulullah SAW yang berasal dari Bani Hasyim adalah kaum yang berpengaruh. Ahli-ahli keluarganya walaupun tidak semua yang memeluk Islam tetapi tidak akan berdiam diri sekiranya orang-orang mereka dibunuh. 

Pengisytiharan pemulauan terhadap Nabi Muhammad SAW dan Bani Hasyim telah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin Quraisy. Dokumen pengisytiharan digantung di Kaabah. Pemulauan ini berkuatkuasa selama tiga tahun. Nabi Muhammad SAW dan Bani Hasyim telah terkepung dan tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang urusan perniagaan dengan orang-orang lain meskipun dengan pedagang-pedagang asing. Mereka yang membantu akan diseksa. 

Keadaan ini telah mengakibatkan penderitaan dan kebuluran. Namun ada yang membantu melalui penyeludupan oleh mereka yang telah berkahwin dengan wanita-wanita Bani Hasyim. Namun Rasulullah SAW dan para pengikutnya tetap teguh dalam beriman kepada Allah dan terus menyebarkan dakwah dengan tidak putus asa. 

Setelah tiga tahun, dokumen yang digantung akhirnya reput dimakan anai-anai. Maka dengan sendirinya pemulauan terhadap Bani Hasyim terbatal. Bani Hasyim dan orang-orang Islam yang lain dapat menjalani hidup kembali seperti biasa.



Sirah Rasul : Hijrah Ke Habsyah

Hijrah – Religious Rehabilitation Group

Hijrah Ke Habsyah

PENGERTIAN 
1. Perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain.
2. Perubahan dari suatu keadaan yang kurang baik kepada suatu keadaan yang lebih baik.

TARIKH 

  • Hijrah Pertama berlaku pada tahun kelima kenabian, 615 masihi. 
  • Hijrah Kedua berlaku pada tahun ketujuh kenabian bersamaan 617 masihi. 


SEBAB HIJRAH PERTAMA;
1. Orang-orang Islam disakiti.
2. Orang Islam mendapat tentangan hebat orang Musyrikin.

HIJRAH KEDUA; 
1. Orang-orang Islam terus diseksa dan dibunuh oleh orang Musyrikin.
2. Menyebarkan dakwah Islam.

ROMBONGAN TERLIBAT DENGAN HIJRAH PERTAMA; 
Seramai 15 orang terlibat iaitu 10 orang lelaki dan lima orang wanita; antaranya ialah Saidina Uthman bin 'Affan, Abdul Rahman bin 'Auf, Uthman bin Mazh'un dan Zubair bin 'Awwam.

ROMBONGAN KEDUA; 
Seramai 101 orang menyertainya terdiri daripada 83 orang lelaki dan 18 orang perempuan dan diketuai oleh Ja'afar bin Abi Talib. Ja'afar bin Abi Talib bertemu Raja An-Najasyi dan menerangkan tentang ajaran Islam.

KESAN 
1. Raja An-Najasyi memeluk Islam.
2. Dakwah Islam semakin tersebar luas.


Puasa 6 Syawal

Puasa 6 Syawal

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” — Muslim no: 1164

Puasa Enam Bulan Syawal | Shafiqolbu

Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala 

 Niat puasa enam syawal dalam bahasa melayu: Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari syawal kerana Allah Taala.