Friday, May 22, 2020

Sirah Rasul : Hijrah Ke Habsyah

Hijrah – Religious Rehabilitation Group

Hijrah Ke Habsyah

PENGERTIAN 
1. Perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain.
2. Perubahan dari suatu keadaan yang kurang baik kepada suatu keadaan yang lebih baik.

TARIKH 

  • Hijrah Pertama berlaku pada tahun kelima kenabian, 615 masihi. 
  • Hijrah Kedua berlaku pada tahun ketujuh kenabian bersamaan 617 masihi. 


SEBAB HIJRAH PERTAMA;
1. Orang-orang Islam disakiti.
2. Orang Islam mendapat tentangan hebat orang Musyrikin.

HIJRAH KEDUA; 
1. Orang-orang Islam terus diseksa dan dibunuh oleh orang Musyrikin.
2. Menyebarkan dakwah Islam.

ROMBONGAN TERLIBAT DENGAN HIJRAH PERTAMA; 
Seramai 15 orang terlibat iaitu 10 orang lelaki dan lima orang wanita; antaranya ialah Saidina Uthman bin 'Affan, Abdul Rahman bin 'Auf, Uthman bin Mazh'un dan Zubair bin 'Awwam.

ROMBONGAN KEDUA; 
Seramai 101 orang menyertainya terdiri daripada 83 orang lelaki dan 18 orang perempuan dan diketuai oleh Ja'afar bin Abi Talib. Ja'afar bin Abi Talib bertemu Raja An-Najasyi dan menerangkan tentang ajaran Islam.

KESAN 
1. Raja An-Najasyi memeluk Islam.
2. Dakwah Islam semakin tersebar luas.


No comments:

Post a Comment