Saturday, March 20, 2021

Resipi Mashed Potato & Gravy

 

Resipi Mashed Potato & Gravy


Bahan - Bahan 

  • 8 biji ubi kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 2-3 sudu makan mentega
  • serbuk lada hitam secukupnya
  • serbuk lada sulah secukupnya


Cara memasak

  1. kupas kulit ubi kentang dan belah 2
  2. masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga tenggelamkan kentang
  3. rebus ubi kentang selama 10-15 minit dengan menggunakan api sederhana
  4. bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya 
  5. masukkan mentega kedalam bekas ubi kentang & lenyek hingga halus
  6. tambahkan serbuk lada hitam & serbuk lada sulah secukupya
  7. tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka (fungsi susu adalah untuk menbuatkan kentang putar rasa lebih berlemak & gebu) 
  8. lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata


Bahan Sos (Gravy) 
  • 1 biji bawang besar - dadu
  • 2 ulas bawang putih 0 dadu
  • 4 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung gandum/jagung
  • 2 kiub pati ayam
  • serbuk lada hitam & lada sulah secukupnya
  • 2 1/2 cawan air

Cara membuatnya
  1. cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan. 
  2. masukkan tepung gandum/jagung. kacau terus sehingga tepung menjadi warna coklat atau sehingga bertukar menjadi warna sos yang anda suka
  3. masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. 
  4. kisar semua bahan sehingga hancur dan halus
  5. tuang kembali sos yang dikisar ke dalam periuk dan masak guna api sederhana
  6. masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam & lada sulah dengan secukup rasa
  7. jika uah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. sebatikan
  8. kacau sehingga rata dan tutup api. jika sos kentang putar berketul, masukkan ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul 
  9. angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang teah dimasak tadi




Love, 

Cik Purple

No comments:

Post a Comment