Love,
Cik Purple
Love,
Cik Purple
Cik Purple nak wish..
selamat menyambut Thaipusam buat mereka yang menganutnya...
yang lain..... epi olidayyyyy dalam pkp..
heheh
Love,
Cik Purple
Love,
Cik Purple
"An ultra-addictive scent, ELIXIR | 11 opens with sweet notes of Red Apple and Rose Petal Essence, before revealing a floral heart of Rose Centifolia and uplifting touches of Jasmine Sambac from India. Adding depth to the romantic fragrance, warm woody notes of Indonesian Patchouli and velvety Amber are enveloped by accents of Vanilla, leaving behind a long-lasting trail." - a note from the brand.
antara barang-barang yang menarik di mata |
ade orang tengah bizi pilih memilihh |
Love,
Cik Purple
Hey Whatsupp Guyss
fuhh pening kepala sekejap..
tengah sedap layan tido.. tetiba mummy call, kejut bangun.
tanya kalau ada kunci rumah flora..
ermm... cakap la ade..
then mummy suruh cari and dia ajak pergi flora.
bila tanya kenapa.. katanya.. kazen bergaduh laki bini and kunci bini dia dalam rumah..
so... mummy ajak buat rescue..
me like.. hokeyyy..
me like.... why gaduh gaduh nak naik tangan...???
why gaduh gaduh sampai nak kunci kunci orang..??
and me like.. ehh rumah tu ada 3 kunci. xkan xde kunci langsung buat bini tuu..
kunci lagi 2 tu mana?? xkan adik beradik lain yg x dok situ pegang.
Love,
Cik Purple
Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda: “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia terlebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda?"
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”.
Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk. Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu.
Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”.
Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”.
Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”. Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya.
Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, Siti Muti'ah memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah.
Suaminya yang terkejut dan hairan pun berkata,“Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.
Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, Siti Muti'ah berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya,“Mengapa dengan awak ini?”
Siti Muti'ah itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”.
“Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah.
Jawab Siti Muti'ah, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat."
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula dengan tongkat itu?”
Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”.
Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?”
Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu berkata didalam hati, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa
Love,
Cik Purple
Hey Guyss..
hari ni nak citer yang cik purple kena paw dengan adik cik purple, si kenit
memandangkan hari ni hari jadi mommy..
so, semalam cakap cakap dengan si kenit, macam nak beli makanan and makan ramai ramai gituu..
so.. dia pilih nak makan kambing.
instead of kfc..
so.. hari ni ke mydin la kita.. sebab nak beli kambing tuuu..
so.. sebelum nak pergi mydin tu dah kena leter dengan mommy..
sebab mummy kata kambing kat mydin tu tebal la.. itu la ini la..
so.. dia suruh cari kambing yang nipis..
me like... urghhh mana nak cari..
lantak situu..
tetap pergi jugak ke mydin.. sebab nak beli air.. beli eskrim.. dan segala yang tekak mahu..
heheheheeh. ye.. saya degil.
tapi.. bukan ape.. malas nak singgah sini sana pepanas ni..
layankan je laaaaa..
kisah kena paw 1
masa kat mydin, dia macam bende wajib beli is beli air cincau fitrah tu..
so.. si kenit ni amik la 2 botol..
ingatkan sorang satu la kan..
rupanya. dia amik tu untuk mommy... and she doesnt have the thought nak amikkan for me.
ciskkek punya adik..
kisah kena paw 2
sebelum balik rumah, si kenit ni mintak singgah kat gerai goreng pisang tu...
masa pergi tu ternampak la ade keropok lekor, so i mintak si kenit belikan keropok lekor and laksa for my lunch..
si kenit xnak.. katanya kat rumah ade makanan.. so dia nak makan yang tu..
bila bagi RM 10.. dia ngomel cakap x cukup..
so, i korek lagi... keluar RM 2.. then cik purple cakap "x ckup nanti mintak "
and total is RM 13 .. x cukup seringgit.. so i bg la seringgit.
tapi bila dia nak masuk kete semula.. i mcm pelik..
why is there 2 cawan air kelapa?????
i x order pon air kelapa...
rupanya dia beli untuk mommy..
sedangkan mommy keluarrrrrrrrrrrrrrrrr ye ari ni...
haihhh.. si pawwww sorang nie..
gerammmmm je aku.
Love,
Cik Purple
Hey Whatsupp Guyss
just a quick post i guess
entah laaa..
memula nak diam.. tapi.. hati kan..
hati ni sakit, terasa..
i dont know why..
suddenly.... dia jadi mamat ais ketul batu dengan aku.
walhal... few days before pkp ari tu.. okey je dia.
entah laaa..
2-3 hari ni, aku nampal dia mcm moody..
macam marah kat seseorang...
konon dia marah sebab orang tu spam dia.. dia marah orang tu tuduh dia..
hmmmm..
nowdays pulak dia x bg aku panggil dia dgn panggilan manja.. xbg panggil dia sayang.. bae.. dear..
dia balas " bae xde"
dia balas " sayangg takde"
aku x pastu.. aku yang terlebih mejeruk rasa
atau aku yg terlebih rasa.
Love,
Cik Purple
Love,
Cik Purple
COWBEAR
Love,
Cik Purple
Love,
Cik Purple