Thursday, January 14, 2021

Ubatan Bagi Berak berdarah

 

Ubat Bagi Berak Berdarah 

Ubatan yang boleh diberikan untuk menyelesaikan masalah berak berdarah ini bergantung kepada puncanya. Hal ini kerana setiap punca mempunyai rawatan atau ubatan yang berbeza. 

  • Julap/‘Laxatives’: 
    • Ubat ini akan membantu melancarkan proses membuang air besar dan mengatasi masalah sembelit. 
    • Seperti yang kita ketahui, sembelit menyebabkan pelbagai masalah termasuk masalah berak berdarah. 
    • Jadi, pengambilan ubat ini dapat melembutkan najis keras seterusnya mencegah dari terjadinya masalah berak berdarah. 
  • Minum air secukupnya: 
    • Air merupakan rawatan semula jadi yang dapat mencegah dari berlakunya masalah sembelit atau masalah berak berdarah. 
    • Air akan membantu melembutkan najis dan melancarkan proses membuang air besar. 
  • Antibiotik: 
    • Jika usus besar mengalami keradangan, maka ianya boleh dirawat dengan ubat antibiotik bagi membunuh kuman. Ini lambat laun akan membantu menyelesaikan masalah berak berdarah. 
  • Pembedahan: 
    • Jika ia disebabkan oleh penyakit serius seperti kanser usus atau "inflammatory bowel disease" yang teruk, pembedahan mungkin terpaksa dilakukan. 
  • "Banding": 
    • Buasir boleh dirawat dengan prosedur "banding". 
    • Salur darah yang terjejas dan terjojol akan diikat untuk menghentikan pendarahan.





No comments:

Post a Comment