Thursday, January 14, 2021

Punca Berak Berdarah


Punca Berak Berdarah 


Berak berdarah mempunyai beberapa punca. 
  • Buasir: 
    • Buasir juga dikenali dengan nama ‘haemorrhoids’. 
    • Buasir berlaku apabila terdapat luka pada lubang dubur. Perkara ini boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai sejarah sembelit untuk tempoh yang lama. 
    • Buasir boleh dikesan dengan memeriksa dubur jika terdapat benjolan yang licin. Selain itu, seseorang itu juga akan berasa sakit dan gatal pada lubang dubur. 
  • Divertikulum"diverticular disease": 
    • Masalah divertikulum adalah terbentuknya lubang atau poket dalam usus. 
    • Masalah ini berserta dengan masalah sembelit akan menyebabkan pendarahan yang segar atau pun berketul. 
    • Ini juga merupakan suatu permasalahan besar yang sering dihadapi oleh warga emas. 
  • Kanser usus/”colorectal cancer”. 
    • Dengar sahaja perkataan kanser atau barah pastinya timbulnya rasa bimbang kerana seperti yang diketahui ramai, kanser sukar diubati. 
    • Kanser usus besar merupakan kanser ketiga paling tinggi dideritai oleh rakyat Malaysia. Pesakit kanser ini akan mengadu mereka mempunyai masalah membuang air besar kerana sembelit dan kadangkala mengalami cirit-birit. 
  • Sembelit"constipation": 
    • Sembelit berterusan boleh mengakibatkan masalah lain yang seperti ‘anal fissure’. 
    • Ini merupakan masalah yang agak kronik dan pesakit harus segera mendapatkan rawatan. Hal ini kerana masalah ini boleh mengakibatkan pendarahan ketika proses membuang air besar yang akan menyebabkan terjadinya masalah berak berdarah. 
    • Masalah ini juga mengakibatkan kesakitan. 
  • "Inflammatory bowel disease": 
    • Selain itu, masalah radang usus boleh menyebabkan masalah berak berdarah. 
    • Ini juga akan mengakibatkan cirit-birit yang bercampur darah. 
    • Masalah radang usus harus diselesaikan dengan segera supaya masalah ini tidak mendatangkan komplikasi serius.






No comments:

Post a Comment