Thursday, January 7, 2021

Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Sejuk


hye gaisss... 
okey.. kali ni cik purple nak share satu topik..
PETI SEJUK BERBAU

Hmm... korang pernah tak encounter masalah macam ni? 
pernah??? heyy ~!!! jangan ambil mudah..
sebab selalunya masalah peti sejuk berbau ni ade kaitan dengan pembiakan bakteria..
so.. kena jaga jaga.. sebab kebanyakan makanan pula kita masukkan ke dalam peti sejuk tu kan.. 
so... Cik Purple nak share cara menghilangkan bau peti sejuk secara semulajadi. 


7 CARA MENGHILANGKAN BAU PETI SEJUK SECARA SEMULAJADI 

Berikut adalah cara menghilangkan bau peti sejuk yang mudah dan berkesan. Ia menggunakan bahan yang mesra alam dan bebas toksik. Cubalah! 

 1. SERBUK PENAIK / BAKING SODA 

Tabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang. Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan. 

 2. CUKA PUTIH

Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini. petua halau semut 

 3. OAT 

Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk. Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika. Ada yang tekak tidak boleh masuk oat? 

4. SERBUK KOPI / TEH  

Gunakan uncang teh atau kopi dan letakkan dalam peti sejuk. Jika tiada yang jenis uncang, tabur serbuk kopi / teh di atas dulang dan letakkannya dalam peti sejuk. Sekelip mata bau kopi yang semerbak akan menguasai peti sejuk. menghilangkan bau peti sejuk 

 5. ARANG . 

Selain bahan di atas, salah satu cara menghilangkan bau peti sejuk yang berkesan dan semulajadi adalah dengan menggunakan arang. Masukkan arang kecil ke dalam bekas ‘tupperware’ dan letakkan dalam peti sejuk. Apabila letakkannya dalam peti sejuk, laraskan suhu dalam peti sejuk kepada yang rendah dan tutup pintu beberapa hari. Foto Kredit: eleganthomes.xyz Foto Kredit: eleganthomes.xyz 

6. ROTI 

Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti dalam peti sejuk dan tinggalkan sehingga roti tersebut menjadi kering. Jika masih berbau, boleh gantikan dengan roti yang baru sehingga baunya hilang. Jadi, lain kali kalau ada baki sekeping dua roti, jangan buang ya!  

 7. ESEN VANILA 

Tahukah anda, esen vanila bukan hanya digunakan untuk memberi perasa dan aroma wangi pada kek, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mewangikan peti sejuk di rumah anda. Caranya mudah saja. Ambil sebesen kecil air dan titikkan 3-4 titis esen vanila ke dalamnya. Kemudian, ambil tuala bersih dan celupkan pada air ini untuk mengelap ruang dalam peti ais anda. Memang harum!




Love, 

Cik Purple

No comments:

Post a Comment