Hey Whatsupp Guyss
Happy New Year.
so.. kita mulakan tahun baru dengan azam baru, target yang baru
semoga Allah sempurnakan impian dan cita-cita kita ..
amin amin amin
so, today Cik Purple nak share task cik purple sempena tahun baru nie..
101 Dreams of Cik Purple
** i think its gonna be a bit long.. just bear with it..
so lets get started..!!
Untuk Diri Sendiri
- mencapai target berat badan 50 kg pada tahun 2021 dan maintain berat badan tersebut
- misi badan kerengga, badan yang sihat dan fit.
- istiqamah dalam melakukan senaman.
- istiqamah dalam menabung dan membuat simpanan.
- dapat melakukan solat 5 waktu dengan sempurna. diikuti dengan solat-solat sunat.
- selalu membasahkan lidah dengan zikir, selawat dan ayat-ayat suci al-quran secara lisan atau pon di dalam hati.
- dapat khatam al-quran setiap tahun
- menjadi muslim yang baik dan solehah
- menjadi seseorang yang menghormati masa, bermotivasi tinggi, komited dengan tugasan, berwawasan tinggi, tidak malas dan tidak suka bertangguh.
- menjadi seorang yang optimis dan lebih bijak dalam pengurusan masa.
- have more time to appreciate myself as human and women - self reflection, self-treatment, self rewarding.
- menjadi seorang yang lebih positif, lebih baik, tidak kuat overthinking dan dijauhi dengan masalah stress, anxious dan lain-lain mental health.
- mempunyai kesihatan yang baik sepanjang hidup dan dijauhi oleh penyakit berbahaya.
- start buat investment for medical - insurance, hibah, clinical & dentistry
- actively blogging and youtube-ing (youtuber) untuk menyampaikan maklumat berguna buat masyarakat
- diberi kesempatan masa dan peluang untuk memdapatkan tunjuk ajar dari sifu dan guru yang hebat dan berjaya serta mempunyai masa untuk mendalami ilmu duniawi dan akhirat
- mempunyai ramai sahabat dan kawan-kawan yang berkualiti dan sentiasa ditermani dengan orang-orang yang kita sayang dan disayangi mereka.
- mempunyai sahabat yang baik, mempunyai niat yang baik dalam bersahabat dengan kami. yang menyokong usaha dan mendoakan kejayaan kami, yang menegur salah dan silap yang kami lakukan dan mereka yang ikhlas berkawan seperti saudara sendiri.
- mampu menjadi sahabat yang baik, selalu ada ketika diperlukan, yang selalu dirindui oleh sahabat.
- diberi pengakhiran hidup dengan kematian yang khusnul khotimah tanpa sebarang aib terbuka, dengan keadaan yang baik.
Perkahwinan - berkahwin dengan Mr Ted pada tahun 2021 dalam majlis yang meriah dan penuh bahagia dan tawa (doakan guys ~!!)
- henna nights bertemakan arabian night/ gadis desa bersama dengan kawan-kawan yang rapat serta saudara mara
- bernikah di dalam dewan bersaksikan keluarga terdekat kedua belah pihak.
- bersanding pula diraikan oleh keluarga, sahabat andai, rakan-rakan di sebuah dewan yang berhawa dingin dan dihiasi hiasan yang indah
- ketika majlis berlangsung, saya ditemani oleh teman-teman dan sahabat yang rapat sepanjang majlis dan mereka membantu dalam pelancaran majlis sebelum dan ketika majlis berlangsung.
- honeymoon di Bali Indonesia, Maldives, dan Turkey
- mempunyai suami yang baik, sabar, memahami, menyokong, yang peyayang, menyayangi dan mencintai saya sebagai wanita, isteri, sahabat, dan kekasih
- dapat menjadi sahabat, teman, isteri yang terbaik buat suami serta ibu yang baik buat anak-anak
- suami dapat menyediakan keperluan asas bagi kami seperti rumah untuk kami berteduh, kenderaan untuk bergerak, keperluan makan dan pakai secukupnya.
- tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan akan pulang dengan senyuman (without complaint) dan mendoakan perkahwinan yang kami jalani nanti diberkati dan dirahmati oleh Allah.
- have a good bonding time with husband walaupon dah berkahwin. keep romantic and sweet walaupon dah beranak cucu.
- mampu mencipta keluarga yang harmonis, bahagia dan gembira bersama suami, anak-anak, keluarga dan juga keluarga suami
- suami sayang dan cintakan saya seorang dan tak berniat untuk poligami atau curang. (amin .. amin.. amin)
- menjadi makmum dalam setiap solat yang dilakukan oleh suami ketika berada dirumah. jika beliau ke surau atau masjid, cuba menjadi ikutan beliau ke masjid atau surau.
Perancangan Masa Hadapan - mendapat income 3 angka sebulan pada tahun 2021 dan mendapat income sebanyak 5-6 angka pada tahun 2022. (amin amin amin)
- dapat membeli rumah idaman (rumah banglo 3-4 tingkat di kawasan Putrajaya / Cyberjaya)
- dapat membeli kereta idaman untuk saya, suami dan keluarga. (toyota camry, ranger rovers, mercedes benz, toyota vellfire, bmw, mustang, etc)
- mempunyai beberapa buah rumah dan tanah atas nama sendiri
- mempunyai simpanan yang cukup sehingga saya mencapai tahap "financial stability/freedom" dan bebas hutang (at the moment ada hutang belajar - PTPTN (RM 17,000) & MARA ( RM 30,000) )
- berkesempatan untuk menunaikan haji bersama suami tersayang pada tahun 2024 . ( need to tabung RM 30,000 for this)
- mempunyai rumah inap di Melaka (kampung) dan juga kampung suami, jika berlaku majlis keramaian serta jika pulang ke kampung tidak perlu menginap di hotel atau menyusahkan keluarga.
- mempunyai simpanan emas, simpanan kewangan yang mencukupi
- mempunyai pelbagai pelaburan yang berjaya dan memberikan hasil lumayan.
- mempunyai resort milikan saya sendiri yang sesuai jika hendak dijadikan tempat riadah, tempat berkumpul dengan keluarga, kawasan untuk majlis keramaian, kawasan untuk majlis perkahwinan dan lain-lain.
- mempunyai dewan diatas milikan saya untuk digunakan sebagai pusat mencari ilmu, melakaukan majlis keramaian dan lain lain.
- dapat memberikan anak-anak sebuah rumah dan sebiji kereta bagi setiap seorang.
- mempunyai koleksi barang kemas yang cnatik hadiah daripada suami.
- mempunyai beberapa buah kebun dan dusun buah-buahan - boleh dijadikan sumber pendapatan dan juga sumber tarikan tempat kami berkumpul jika tiba musim buah-buahan.
Untuk Keluarga - dapat memberi keselesaan hidup kepada mommy
- dapat memberi kehidupan yang selesa & bahagia buat anak-anak.
- dapat membantu suami dalam urusan hal rumahtangga & keluarga kami semampunya.
- mempunyai anak-anak yang baik, yang soleh dan solehah serta mampu mebesarkan mereka dengan penuh kasih sayang, dan menjadikan mereka orang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat.
- adik-beradik dapat hidup dengan selesa dan berjaya dengan kehidupan masing-masing
- mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan keluarga serta keluarga suami (mertua) serta disayangi oleh mak dan ayah mertua.
- dapat melahirkan zuriat buat suami tercinta dengan mudah serta mendapat layanan yang baik daripada staf, nurse dan doktor selama proses lahiran tersebut.
- anak- anak yang dilahirkan cukup sifat, sihat dan dijauhkan dari sebarang komplikasi kesihatan yang memudaratkan.
- have more mother-daughter, sisters , mother in law-daughter in law bonding time
- dapat membantu ahli keluarga yang di dalam kesempitan dan kesusahan.
- menjaga dan merawat rumah pusaka - rumah rumah milikan dari arwah daddy dan mommy
Leisure - dapat pergi umrah bersama dengan suami, anak-anak, mommy, mak dan bapa mertua. dan diberi peluang untuk menunaikan solat fardhu di raudatul sakinah tanpa sebarang gangguan, serta menunaikan solat sunat di hajr ismail.
- dapat naik cruise bersama suami dan keluarga
- dapat melancong di dalam dan diluar negara bersama dengan suami dan keluarga pada setiap tahun serta menjadi host family day buat keluarga saya dan keluarga suami
- dapat melawat dan mengelilingi dunia bersama suami.
- dapat berjalan (melancong) ke Balkan, Istanbul, Abu Dhabi, London, Rome, Paris, New Zealand, Australia
- mempunyai travel buddy yang baik, serasi ketika pergi bercuti.
- merasai kenikmatan bercuti di dalam caravan bersama suami - target New Zealand & Australia.
- diberi keizinan oleh Allah untuk melakukan umrah pada setiap tahun dan mengerjakan haji setiap 5 atau 10 tahun bersama dengan suami.
- have my own work station - for my art & craft, my baking stuff etc
- mempunyai beberapa buah rumah inap di beberapa bandar yang selalu dikunjungi oleh kami sekeluarga dan boleh dijadikan sumber pendapatan (sewaan) atau tempat rehat kami sekeluarga.
Perniagaan - mempunyai perniagaan yang berjaya dan berkembang maju dengan cemerlang
- mempunyai wisma perniagaan saya sendiri dan mempunyai office saya sendiri di sana
- mempunyai legacy saya yang tersendiri yang boleh saya wariskan kepada waris sah saya - suami, anak-anak dan keturunan saya.
- mempunyai ramai rakan niaga yang berkuali dan bermatlamat tinggi, serta stokis dan agen yang dahagakan kebahagiaan dan kestabilan kewangan
- mempunyai perniagaan yang berkembang hingga ke antarabangsa dan terkenal di mata dunia.
- mempunyai mentor dan guru yang baik dan membantu membentuk saya menjadi seorang yang berjaya
- menjadi idola dan ikutan yang baik kepada golongan remaja, wanita dan usahawan yang berjaya.
- mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara dan juga luar negara.
- mempunyai beberapa bentuk perniagaan yang kesemuanya berjaya dengan cemerlang.
- mempunyai beberapa buah kenderaan yang dibeli diatas nama perniagaan yang diasaskan oleh saya.
- mempunyai staff yang baik, cekap dan efisyen, serta yang bermotivasi tinggi, ikhlas bekerja, jujur dan amanah dalam melankukan tugasan harian mereka ketika bekerja .
- mampu menjadi majikan, mentor, dan guru terbaik buat staff, stokis dan ejen dibawah tumpuk pimpinan saya.
Untuk Masyarakat (Saham Akhirat) - mempunyai yayasan yang diterajui oleh saya dan suami.
- dapat membina masjid atas nama yayasan yang dikelolakan oleh saya dan suami
- dapat membantu gologan-golongan yang susah, berpenyakit, gelandangan, anak-anak yatim dibawah yayasan yang dikelolakan oleh saya dan suami.
- dapat memberi bantuan kepada golongan pelajar yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
- mampu memberi sedekah secara istiqamah. dengan niat yang baik
- mempunyai beberapa buah bangunan yang separuh hartanya (warisannya) diwaqafkan kejalan Allah dan islam.
Rumah Idaman - rumah yang dekat dengan kemudahan- keretapi (lrt/mrt), pos bas, pos teksi dan easy access ke luar dan masuk dan easy access ke lebuhraya
- rumah yang mempunyai pengawasan sekuriti yang baik dan terhindar dari malapetaka - kes curi, samun, banjir , tanah runtuh dan lain lain
- mempunyai master bedroom yang super luas - ada walk-in wardrove yang cukup for me and suami, ada bilik air yang besar serta dilengkapi dengan bath tub
- mempunyai bilik yang cukup bagi setiap anak anak with their own en-suite bathroom
- mempunyai living hall yang super luas dan selesa jika kaum keluarga datang bertamu
- dapur yang luas dan bersih - ada wet & dry kitchen include with ruang untuk baking and cooking. dan kalau buat makan-makan , boleh lepak santai di dapur dengan selesa bersama dengan ahli keluarga yang lain.
- ada ruangan untuk study & kerja yang selesa buat kami serta boleh digunakan sebagai family hall & ruang rehat dan boleh berkaraoke.
- ruang solat berjemaah untuk satu keluarga serta boleh digunakan untuk kelas pengajian al-quran.
- dining hall yang luas dan selesa dengan kerusi yang empuk serta dilengkapi dengan set pinggan mangkuk yang cantik.
- ada ruangan patio yang luas serta ruang untuk taman mini bagi menanam beberapa jenis tumbuhan segar.
- ada ruangan kolam renang yang selesa buat kami sekeluarga beriadah
- 2 - 3 bilik tetamu yang selesa
- parking porch yang boleh memuatkan 4 -6 buah kereta.
- jiran jiran yang baik dan saling menghormati antara satu dengan lain
Love,
Cik Purple
No comments:
Post a Comment