Lemon
Meningkatkan Daya Fokus Anda
Jika anda mahu meningkatkan fokus anda di tempat kerja, lemon sangat membantu. Di dalam satu kajian yang dilakukan ke atas beberapa orang mendapati minyak lemon yang mempunyai bau yang menenangkan mampu meningkatkan fokus seseorang hanya dengan menghidu bau tersebut.
Memperbaiki Kulit Yang Terkupas
Kulit yang terkupas biasanya disebabkan oleh kadar vitamin c yang tidak cukup di dalam badan. Vitamin c boleh mengstimulasikan kulit anda agar kelihatan mulus. Cubalah menggunakan lemon sebagai skrub muka sekali seminggu.
Lemon boleh membantu untuk menghilangkan jerawat jerawat degil dan sel kulit mati di muka anda.
Detox Hati Anda
Lemon yang kaya dengan anti oksida berupaya untuk meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan anda untuk detoks.
Seperti yang disebutkan di atas tadi, lemon boleh mengeluarkan toksik yang ada di badan anda menerusi air kencing. Secara tidak langsung anda akan berasa lebih segar dan bertenaga daripada sebelum itu.
Merawat Tekanan Darah Tinggi
Tahukah anda, pactin yang terkandung di dalam lemon ini boleh mengurangkan kolestrol? Darah tinggi boleh meningkat dengan kadar kolestrol yang tinggi. Jika anda mengambil lemon setiap hari lemon secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan darah tinggi anda dan vitamin p yang ada di dalam lemon akan membantu untuk menguatkan saluran darah.
Selain itu, lemon juga sangat kaya dengan potassium yang turut boleh mengurangkan tekanan darah
Melawan Masalah Kelemumur
Mudah sahaja. Hanya letakkan jus perahan lemon bersama minyak kelapa ke atas kepala anda untuk membuat mask rambut. Bahan bahan ini akan membantu untuk melembabkan kulit kepala anda sekali gus menghilangkan kelimumur anda.
Tetapi, diingatkan! Lemon juga mempunyai potensi untuk meringankan rambut anda. Jadi, jangan terlebih melakukannya.
No comments:
Post a Comment