Saturday, November 16, 2019

Resipi Puding Kastard Jagung

Image result for puding kastard jagung

Resipi Puding Kastard Jagung


Bahan-bahan puding kastard jagung: 
1 tin (425 gm) Jagung
1 1/2 cawan Susu Cair
 3/4 cawan Gula
3 cawan Air
 1 cawan Tepung Kastard

Cara-cara membuat puding kastard jagung: 

  1. Campurkan semua bahan di dalam periuk atau kuali. 
  2. Kacau sebati kesemua bahan (tak perlu pasang api dapur dahulu)
  3.  Bila semua bahan sudah sebati, baru pasangkan api. Kemudian, masak puding dengan api perlahan. 
  4. Kacau sentiasa sehingga pekat dan berkilat. 
  5. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.



Tips: 

  • Sentiasa kacau adunan semasa memasak supaya adunan rata dan tidak berketul. 
  • Masak sehingga betul-betul likat dan pekat menggunakan api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus. 
  • Sukat semua bahan dengan menggunakan cawan yang sama. 
  • Pastikan puding betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang cantik dan kemas.



No comments:

Post a Comment