Resipi Nasi Goreng Kampung
Bahan-bahan nasi goreng kampung:
1 sb Ikan bilis
2 ulas Bawang Putih
6-7 biji Cili Padi
1 inci Belacan
1 biji Bawang Besar
Garam
Kangkung
2 cawan Nasi
Ikan Bilis (digoreng sehingga garing terlebih dahulu)
Cara-cara membuat nasi goreng kampung:
- Tumbuk ikan bilis, bawang putih, cili padi, belacan dan bawang besar.
- Panaskan sedikit minyak (lebih sedap gunakan minyak lebihan goreng ikan bilis) dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan garam secukupnya dan kangkung. Kacau sebentar.
- Kemudian, masukkan nasi dan kacau sehingga sedikit garing.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi dan kacau sebentar. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment