Resipi Corn Dog Cheese
Bahan-Bahan untuk Resepi Corn Dog :
1 Cawan Tepung Gandum
2 Sb Gula
2 sk Serbuk Penaik
1/2 sk Garam
1 Telur
3/4 Cawan Susu Segar Sejuk
Keju Cheddar/Mozarella
Sosej
Serbuk Roti (optional)
Cara-cara membuat Corn Dog:
- Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
- Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.
- Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
- Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung.
- Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.
No comments:
Post a Comment