Tuesday, November 5, 2019

Rose

Image result for kebaikan bauan rose

Rose

Bunga Ros telah lama digunakan di dalam pelbagai bidang industri pembuatan dan perniagaan seperti berikut :
 – Industri farmaseutikal 
– Industri pemakanan sebagai bahan perasa seperti Minuman pati Ros 
– Industri kosmetik seperti minyak wangi, ubat gigi, bedak talkum 
– Perniagaan Spa sebagai bahan mandian untuk kesegaran badan

Aroma wangian bunga Ros mampu memberikan rasa ketenangan serta merangsang minda kita. Cuba amalkan mencium bunga Ros yang mempunyai bauan yang harum pada setiap pagi dan tarik nafas perlahan-lahan & sedalam-dalamnya untuk merasai kenikmatan bauan Ros. Justeru ianya elok digunakan untuk merawat masalah emosi kemurungan serta menguatkan tubuh dengan mencium bauan bunga Ros ini pada setiap hari.

Secara dalaman, ianya membantu dari segi proses meredakan tekanan perasaan. Kalau nak cuba ambil hati pasangan yang tengah merajuk..cuba bagi bunga Rose, mesti senyum je lepas tu..

Mengikut sejarah, Ibn Sina adalah yang pertama menemukan kaedah rawatan aromaterapi dan juga proses penyulingan wap untuk minyak pati bunga . kalau sesapa yang selalu hidu bunga ros nie, mesti rasa lapang je . sebab tu bunga ni paling laris dipasaran. dia boleh meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressant) .

Selalunya kan, kalau dapat bunga rose, mesti hidu kan?..kalau mandi bunga, mesti ada bunga Rose. SPA pun banyak gunakan bunga Rose sebagai salah satu bunga pilihan dalam terapi. Dan kenapa mesti Rose yang menjadi pilihan? Ini kerana, Bauan rose boleh meningkatkan daya ingatan seseorang. Ia menyegarkan semula daya ingatan mereka yang mudah lupa. Kalau masa tidur, letak bau Rose, akan memberikan tidur yang lebih lena dan teratur.

bauan dari bunga Rose berfungsi sebagai “aphrodisiac”.Melahirkan rasa romantis dengan pasangan. Bau sahaja boleh menghilangkan sakit kepala dan pening. Mengandungi Vitamin A, B3, E dan C. Ianya bertindak sebagai antiseptik dan merawat kulit yang sensitif seperti ekzema selain meningkatkan sistem imunisasi. Sebab tu ramai yang masih menggunakan Rose sebagai pilihan hati kerana bauannya yang menenangkan!


No comments:

Post a Comment