Resipi Kek Butter Pelangi
Bahan-bahan kek butter:
250 gm Butter
180 gm Gula Kastor
4 biji Telur Gred A
1 sk Esen Vanilla
210 gm Tepung Naik Sendiri (diayak
Cara-cara membuat kek butter:
- Putar butter, gula kastor dan esen vanilla sehingga gebu dan ringan.
- Masukkan telur satu persatu sehingga habis sambil terus memutar.
- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan putar dengan kelajuan perlahan sehingga adunan sebati.
- Asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan setiap satu bahagian dengan warna pilihan yang disukai.
- Sediakan loyang bersaiz 7 @ 8 inci. Sapu merjerin dan alaskan dengan baking paper.
- Lapiskan adunan ke dalam loyang secara berselang seli sehingga habis.
- Bakar adunan pada suhu 180ºc selama 45-50 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang 10 minit.
- Apabila kek telah masak, sisip tepi loyang dengan pisau dan terbalikkan kek di atas redai dan biarkan beberapa minit sebelum diterbalikkan semula supaya kek tidak mendap.
Tips:
- Pastikan butter dan gula dipukul sehingga kembang dan ringan sebelum masukkan bahan lain untuk menghasilkan kek yang gebu.
- Semasa memasukkan tepung, putar adunan dengan kelajuan perlahan dan jangan putar adunan terlalu lama supaya kek tidak mampat dan mendap selepas di bakar.
- Tepung naik sendiri boleh digantikan dengan tepung gandum yang dicampurkan dengan 1 sk baking powder dan 1 sk soda bikarbonat dan perlu di ayak terlebih dahulu.
- Semasa melapiskan adunan di dalam loyang boleh letakkan 3 atau 4 sudu adunan bagi setiap warna untuk menghasilkan lapisan yang lebih tebal.
- Manakala untuk lapisan yang lebih nipis memadai dengan meletakkan 1 sudu adunan bagi setiap warna
No comments:
Post a Comment