Osaka Castle Park
Bila melawat negara Jepun, tak sah kalau tidak singgah ke kawasan istana lamanya. Kalau di Osaka, tarikan bersejarah ini dapat ditemui di Osaka Castle. Untuk pengetahuan anda, bangunan sebenar istana ini telah dibina pada tahun 1583 sebelum beberapa kali melalui kemusnahan dan dibina kembali pada kali terakhir pada tahun 1931.
Ianya turut diperbaharui pada tahun 1997 dengan kelengkapan moden seperti lif. Istana ini kini dijadikan muzium yang mempamerkan info dan pameran lain berkaitan sejarahnya sendiri setelah berabad lamanya wujud di tapak yang sama.
Setelah puas mengisi minda dengan kisah sejarah istana ini, anda boleh menenangkan fikiran dengan berjalan-jalan di Nishinomaru Garden, kawasan taman istana.
Di taman ini terdapat 600 batang pokok sakura, tea house, bekas Osaka Guest House dan kemudahan rekreasi. Untuk pemandangan lebih indah, datanglah ke taman ini ketika musim bunga sakura berkembang iaitu pada awal April.
1 Osakajo, Chuo Ward, Osaka, Osaka Prefecture 540-0002, Japan
Waktu Operasi:
Castle Tower: 9.00 am – 5.00 pm | 28 Dis – 1 Jan Tutup
Nishinomaru Garden: 9.00 am – 5.00 pm | Sehingga Pukul 4.30 pm
Dari Nov – Feb | Dibuka Sehingga Pukul 9.00 pm
Pada Musim Cherry Blossom | Isnin Tutup
Bayaran Masuk:
Castle Tower: 600 Yen
Nishinomaru Garden: 200 Yen
Castle Tower: 600 Yen
Nishinomaru Garden: 200 Yen
No comments:
Post a Comment