Sakuya Lumina
Dunia penuh magikal, Sakuya Lumina adalah sebuah lokasi tarikan di mana anda sekeluarga dapat merasai pengalaman yang mustahil boleh didapati di tempat lain. Memori percutian anda di Osaka dapat diperindahkan lagi dengan aktiviti night walk di Osaka Castle Park.
Yang menariknya lagi, anda bukanlah sekadar berjalan di tengah malam dalam suasana malam yang biasa, kerana night walk yang akan anda lalui adalah sebuah perjalanan yang dikelilingi oleh dunia fantasi. Seolah-olah anda telah ditelan masuk ke dalam filem fantasi yang selama ini hanya ditonton di kaca tv.
Di dalam Sakuya Lamina, anda sekeluarga akan mengikuti karakter fantasi yang akan membawa anda di sekitar istana untuk menyelesaikan sebuah misi.
Sepanjang perjalanan ini, anda dapat melihat efek pencahayaan, bunyi, efek pemandangan dan banyak lagi ciri interaktif lain yang dapat menghidupkan seluruh deria. Cukup unik dan menyeronokkan!
Alamat: Osaka Castle Park, 1 Osakajo, Chuo Ward, Osaka, Osaka Prefecture 540-0002, Japan
Waktu Operasi: Setiap Hari 6.00 pm – 10.00 pm
Bayaran Masuk:
Dewasa 18 Tahun & Keatas 3,200 Yen |
Remaja 13 – 17 Tahun & Warga Emas 2,000 Yen |
Kanak-Kanak 1,200 Yen | Bawah 3 Tahun Percuma
No comments:
Post a Comment