Lemon
Sebuah kajian yang dilakukan oleh James Lind mendapati lemon sangat efektif dalam merawat penyakit seperti gusi berdarah yang kita tahu adalah disebabkan tidak cukup vitamin c di dalam badan.
Menurut Indian Ayuverda, lemon selalu digunakan dalam menambahkan rasa dalam masakan, melegakan sakit tekak dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Nutrient seperti vitamin b, vitamin c, pectin, potassium,kalsium dan anti oksiden sangat kaya di dalam buah lemon.
#1 Menstabilkan pH Badan Anda
Menurut falsafah kitab Ayuverda, kitab patut mulakan hari dengan menyelaraskan badan dengan alam semula jadi. Badan kita sebenarnya sangat banyak dengan asid kerana makanan segera, pencemaran udara, tidak cukup bersenam dan atas faktor faktor stress lain yang boleh menyebabkan badan bertoksis.
Untuk menyeimbangkan badan, kita perlulah mempunyai sedikit alkali dalam badan. Walaupun sebenarnya kita tahu lemon ada buah yang berasid, tetapi siapa sangka ia juga menghasilkan alkali
#2 Legakan Sistem Pencernaan
Lemon bertindak sebagai pencuci darah dan sebagai agen anti bakteria. Memandangkan lemon kaya dengan vitamin C yang membantu untuk melawan penyakit, maka tidak hairanlah jika mereka yang bermasalah pencernaan akan mencari lemon.
Hanya beberapa titik lemon sudah mampu melegakan segalanya. Lemon boleh mempercepatkan proses pencernaan dengan membanyakan penghasilan air liur dan asid perut.
#3 Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan
Seperti yang disebutkan di atas, lemon membantu dalam mengeluarkan toksik dalam badan. Selain itu, lemon juga membantu dalam memberikan tenaga yang cukup kepada anda. Jika anda sedang berdiet, tambahlah lemon di dalam diet anda. Seperti kebanyakan buah lain, lemon sangat rendah dengan kalori selain tiada lemak dan kolestrol.
Lemon mempunyai satu nutrient yang disebut sebagai pectin yang boleh membuatkan anda berasa kenyang. Ia juga membantu dalam mengurangkan kadar penyerapan gula di dalam badan. Semestinya, ia umpama menggantikan makanan ruji anda setiap hari. Lemon juga akan mengeluarkan lebihan air di dalam badan melalui air kencing. Sudah pasti anda akan kerap ke tandas, tetapi berbaloi bukan untuk kelihatan kurus?
Untuk hasil yang lebih menakjubkan dan cepat, minumlah dua sudu air perahan lemon, sedikit cayenne dan 2 sudu besar madu setiap hari. Sudah pasti anda akan kelihatan kurus!
#4 Membunuh Parasit
Pernahkah anda mempunyai parasite di dalam badan seperti cacing di dalam badan? Menakutkan bukan? Seperti yang anda semua tahu, parasite sangat susah untuk dibuang. Tetapi jangan lupa, kita masih mempunyai jalan penyelesaian.
Parasit sangat sukakan keadaan yang berasid seperti di dalam perut. Jadi, hanya satu penyelesaian untuk memusnahkannya iaitu dengan lemon. Seperti yang disebutkan di atas tadi, lemon sebenarnya mengeluarkan alkali. Maka, hanya makan dan minum air perahan lemon itu untuk membunuh parasit!
#5 Memperbaiki Sistem Pernafasan Anda
Lemon sebenarnya boleh mengatasi masalah mulut berbau dan dengkur serta pelbagai lagi masalah pernafasan yang sering berlaku. Apabila anda mempunyai masalah gigi, jangan lupa untuk letakkan perahan lemon untuk mengurangkan kesakitan.
Lemon juga boleh menghentikan pendarahan bagi gusi yang berdarah. Hanya urut gusi anda perlahan lahan dengan air perahan lemon dan bakteria akan menjauhi gigi anda.
No comments:
Post a Comment