Saturday, October 26, 2019

Resipi Kuah Lodeh

Image result for kuah lodeh

Kuah Lodeh

Bahan kisar: 
3 biji bawang merah 
½ biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia muda 
1 inci kunyit hidup 
 2 hiris lengkuas 
1 sudu besar udang kering

Bahan lain: 
1 liter santan pekat 
1 mangkuk udang 
Garam 
Gula 
 Minyak untuk menumis

Sayur sayuran: 
2-3 batang terung 
 Sedikit suuhun 
sedikit sayur pucuk - rendam semalaman 
8 batang kacang panjang 
 1 batang lobak merah 
 1/4 biji kubis besar 
1 tangkai cili merah 
Petai - opsyenal 
Daun limau purut - opsyenal

Bahan goreng: 
2 keping tauhu dipotong 8 dan digoreng 
 3 ketul tempe - potong nipis dan digoreng

Cara cara: 
  1. Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan sayuran yang lambat empuk seperti karot. 
  3.  Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. 
  4. Masukkan semua sayuran mulai yang keras sehingga yang lembut.
  5. Masak lagi sehingga mendidih dan masukkan udang, suuhun, fucuk, tempe dan tauhu. Masukkan garam secukupnya. 
  6. Akhir sekali masukkan santan pekat dan cili merah. 
  7. Masak selama beberapa minit lagi, bolehlah tutup api. Boleh dihidangkan dengan sambal kacang atau pun sambal ikan bilis.


Nota: sebenarnya boleh jer tak perlu santan pekat, sekadar santan biasa jer kerana versi tumis, santan tak akan berketul ketul.



No comments:

Post a Comment