Monday, October 21, 2019

Lavendar


Image result for bauan lavender

Lavendar

Lavender adalah salah satu daripada ubat semulajadi yang mempunyai banyak manfaat. Ekstrak lavender boleh digunakan pada kulit, rambut dan terapi minda

Mengurangkan Stress

Lavender mempunyai aroma menenangkan yang amat sesuai bagi minda. Ia telah digunakan secara meluas di dalam aromaterapi untuk mengurangkan masalah over-thinking dan menenangkan minda. Anda patut mempunyai bauan minyak pati lavender di dalam pejabat anda atau bilik tidur.

Mengurangkan rasa gelabah

Sekiranya anda mempunyai masalah gelabah atau gemuruh semasa meeting atau pun semasa pembentangan, anda seharusnya mempunyai aroma lavender di dalam poket anda bagi mengawal rasa gelabah atau gemuruh.

mengurangkan migrain

Migrain terjadi atas beberapa sebab. Punca berlakunya migrain atau sakit kepala adalah daripada perasaan stres, tekanan darah rendah dan juga cuaca. Lavender amat sesuai bagi mereka yang mengalami rasa sakit kepala

Mengurangkan insomnia

Lavender mempunyai aroma yang menenangkan di mana anda boleh tidur dengan mudah dan mengurangkan rasa insomnia pada waktu malam. Anda akan mempunyai tidur yang berkualiti dan rehat yang cukup. Badan anda akan berasa lebih bertenaga dan segar sekiranya akan mempunyai tidur yang berkualiti

mengurangkan kegatalan

Lavender mempunyai sifat anti-keradangan yang boleh mengurangkan rasa kegatalan pada kulit dan mempercepat proses penyembuhan.


No comments:

Post a Comment