Saturday, December 7, 2019

Resipi Kambing Bakar

Image result for kambing bakar

Resipi Kambing Bakar


Bahan-bahan : 
Daging kambing 5-6 slice.
Sos tiram 2 sb.
Sos lada hitam 3 sb. (Pada resepi ini menggunakan sos lada hitam brand kimball.)
Kicap 3 sb. (Yang ini untuk bagi hitam saja, tapi kalau letak banyak pun boleh).
Hirisan halia atau tumbuk halus. (Tak mahu letak pun tak apa).
Gula. (Pakai gula perang, pakai madu pun boleh).
Serbuk lada hitam. (Boleh tambah jika suka pedas).
Daun rosemary. (Penting bagi bau dan rasa jadi terangkat).


Cara Memasak : 
1. Masukkan semua bahan dan gaul sebati dengan daging kambing.
 2. Terus bakar. Boleh bakar guna arang atau oven.
 3. Bakar guna oven selama 1-1.30 jam suhu 200’C bergantung pada oven.
 4. Agak-agak sudah hangus sedikit-sedikit, daging boleh diangkat.
 5. Boleh hidang dengan kuah blackpepper atau ratah gitu pun sedap


Tips : 

  • Cuci daging betul-betul bersih dan tapis sampai tak ada air baru kemudian masukkan semua bahan supaya perapan tak berair dan cair. 
  • Kalau mahu perap, tutup bekas pakai plastik atau Aluminium foil dan letak dalam peti. 
  • Mahu frozenkan pun tiada masalah. Terus masukkan dalam tupperware. 
  • Kalau untuk makan ramai better bakar di atas arang, lagi mengancam dan semerbak baunya.



No comments:

Post a Comment