Saturday, December 28, 2019

Resipi Sotong Kham Heong

Image result for sotong kam heong

Resipi Sotong Kham Heong


Bahan-bahan: 


  • 12 ekor sotong bersaiz kecil. Bersihkan, potong bulat dan perap dengan 2 hingga 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 ulas bawang putih - di cincang kasar 
  • 4 ulas bawang merah - di cincang kasar 
  • 6 tangkai cili padi di hiris 
  • 2 sudu besar udang kering (Rendam sebentar, toskan dan cincang) 
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  •  3 pelepah daun kari 
  • 1 sudu teh kicap cair 
  • 1 sudu besar sos tiram - saya tambah 
  • 2-3 sudu besar air


Cara Memasak :


  1. Panaskan kuali. Masukkan 6 sudu besar minyak masak dan goreng sotong yang di perap dengan tepung jagung. Goreng sebentar sahaja dalam 1 minit, angkat dan toskan. Bersihkan kuali tersebut. 
  2. Masukkan pula dua sudu besar minyak masak, tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan daun kari hingga kekuningan. 
  3. Masukkan udang kering yang di cincang sambil di kacau hingga sebati dan berbau wangi.
  4. Tuang serbuk kari, kicap cair dan sos tiram. Besarkan sedikit api dapur dan masukkan pula sotong sambil di kacau. Masukkan juga air dan masak sehingga kuah sebati dengan sotong. Setelah masak sepenuhnya, matikan api dapur dan hidang sotong tersebut dengan nasi panas.


No comments:

Post a Comment