Carat Vs Karat
Carat ialah satu unit ukuran berat untuk semua jenis batu permata seperti berlian, delima dan sebagainya. Setiap Carat adalah kira kira 200 miligram atau 0.2 gram
Karat pula adalah ukuran pecahan ketulenan untuk emas, yang mempunyai 24 bahagian keseluruhannya. Semakin tinggi karat, semakin tilen emas dan maksimum adalah 24
Jenis Jenis Emas
1.Emas 24K atau emas 999 atau 999.9 atau emas sepuluh
- Ketulenan emas 24K : Kandungan emas adalah 99.9%
- Kegunaan emas 24K : Digunakan untuk pelaburan , barang perhiasan, barangan elektronik, dan peralatan perubatan.
- Kelebihan emas 24K : Emas tulen dengan harga paling mahal dan sesuai untuk pelaburan
- Kekurangan emas 24K : Lembut tidak sesuai untuk perhiasan
2.Emas 22K atau emas 916 atau 917
- Ketulenan emas 22K : Kandungan emas adalah 91.6% atau 22/24 dari bahagian emas.
- Kegunaan emas 22K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas
- Kelebihan emas 22K : Emas perhiasan paling tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
- Kekurangan emas 22K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.
3.Emas 21K atau emas 875
- Ketulenan emas 21K : Kandungan emas adalah 87.5%
- Kegunaan emas 21K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas
- Kelebihan emas 21K : Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
- Kekurangan emas 21K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.
4.Emas 20K atau emas 833
- Ketulenan emas 20K : Kandungan emas adalah 83.3%
- Kegunaan emas 20K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas
- Kelebihan emas 20K : Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
- Kekurangan emas 20K :Barang kemas yang lembut jadi tidak sesuai dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.
5.Emas 18K atau emas 750
- Ketulenan emas 18K : Kandungan emas adalah 75.0%
- Kegunaan emas 18K : Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna
- Kelebihan emas 18K : Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
- Kekurangan emas 18K : Emas lebih lembut dimana kurang tahan lama, tercalar dan kurang tahan lasak berbanding emas 14K dan tidak sesuai untuk pelaburan.
6.Emas 14K atau emas 585
- Ketulenan emas 14K : Kandungan emas adalah 58.5%
- Kegunaan emas 14K : Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna
- Kelebihan emas 14K : Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
- Kekurangan emas : Emas perhiasan yang boleh memberikan tindakbalas alergi atau ruam kerana lebih banyak logam dari emas dan tidak sesuai untuk pelaburan.
7.Emas 10K atau emas 417
- Ketulenan emas 10K : Kandungan emas adalah 41.7%
- Kegunaan emas 10K : Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna
- Kelebihan emas 10K : Emas perhiasan yang lebih keras, kukuh, lebih tahan lama, tidak calar atau bengkok dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
- Kekurangan emas : Emas perhiasan yang boleh memberikan tindakbalas alergi atau ruam kerana lebih banyak logam dari emas. Standarad minima di namakan emas bagi Amerika adalah emas berketulenan 10K dan tidak sesuai untuk pelaburan.
8.Emas 9K atau emas 375 atau suasa
- Ketulenan emas 9K : Kandungan emas adalah 37.5%
- Kegunaan emas 9K : Dibuat cincin suasa untuk lelaki
- Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian.
- Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916
No comments:
Post a Comment