Wednesday, February 26, 2020

Menarik Di Lumut, Perak


Menarik di Lumut, Perak

Image result for teluk batik

Pantai Teluk Batik


Sekiranya sewaktu bercuti ke Lumut anda tidak singgah ke Pantai Teluk Batik, tersangatlah rugi kerana di sinilah terletaknya sebuah pemandangan indah yang sukar diungkapkan dengan kata. Pantai yang berpasir putih, dengan air laut yang jernih beserta dengan pukulan ombak yang tenang ini menjadi pilihan ramai orang yang bercuti kerana kesesuaiannya untuk dijadikan tempat bermandi-manda dan bermain sukan air seperti Big Mable dan Banana Boat.

Bukan itu sahaja, jika dilihat di sekitarnya, cukup meriah dengan kehadiran pelbagai jenis kedai makan, anda boleh menikmati makanan di bawah pokok-pokok rhu yang tumbuh mekar di tepi pantai sambil merasai bayu laut yang menyegarkan. Nak ekstra sikit? Kerusi pantai turut disediakan, menanti untuk disewa dengan harga bawah RM5. 

 Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah memancing di kawasan berbatu di pantai ini, memang syoklah berbbq kalau anda berjaya menggoda beberapa ekor ikan segar untuk menyinggahi joran anda.

Image result for jeti lumut

Jeti Lumut


Jika anda membayangkan keadaan jeti yang klasik, Jeti Lumut bukanlah salah satu darinya. Cukup moden dan cantik sekali struktur terminal jeti ini, fasiliti yang disediakannya juga agak mesra pelancong dengan kehadiran banyak kedai makan dan jualan barangan yang lain.

Untuk mengisi perut sebelum naik kapal di jeti ini, anda tak perlu bersusah-payah mencari kedai makan di tempat lain kerana di sini sahaja banyak pilihan makanan tersedia seperti mee udang yang enaknya bukan kepalang, air kelapa yang segar, cendol dan macam-macam lagi.

Lumut Waterfront - Main Image

Lumut Waterfront

Sekitar 1 km dari Jeti Lumut adalah sebuah lagi tarikan, Lumut Waterfront yang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi berjalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati pemandangan air tenang di sepanjang sungai. Anda juga boleh menikmati makanan seperti ais kacang yang terdapat di sini dengan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa tubuh.

Di samping itu, anda boleh juga menyewa basikal ataupun skuter elektrik dalam harga yang berpatutan untuk makan angin di sekitar waterfront dengan cara yang baru. Asyik berjalan kaki je kan? Naiklah skuter atau basikal pula, barulah dapat merasa pengalaman percutian yang berbeza sikit, setuju?


Bazaar Lumut - Main Image

Bazaar Lumut

Tidak jauh dari Lumut Waterfront, adalah sebuah tempat bershopping dengan bangunan berwarna merah yang dibuka khas untuk para pelancong yang datang dari jauh kerana di sini anda dapat membeli pelbagai kraftangan, pakaian dan pelbagai hasil laut yang termasuklah ikan bilis bermata biru, hasil laut yang terkenal di Lumut.

Taman Paya Bakau - Main Image

Mangroove Swamp

Taman Paya Bakau yang terletak kurang daripada 10 minit pemanduan dari Bandar Lumut ini adalah sebuah tarikan semula jadi yang dilengkapi dengan laluan pejalan kaki berkepanjangan 366 meter dan lebar seluas 6 kaki. Anda sekeluarga dapat melihat pelbagai jenis hidupan flora dan fauna sambil menghirup udara segar.




No comments:

Post a Comment