Resipi Bihun Sup Fishball
CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan:
- 2 labu bawang putih – diketuk & cincang
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 sudu teh minyak bijan (kalau suka)
Cara-cara:
- Mula-mula, panaskan minyak dan goreng bawang putih dengan api perlahan. Tunggu sampai nampak bawang putih bertukar kekuningan.
- Sementara tunggu minyak menyejuk nanti bawang akan garing dan perang. AWAS jangan tunggu dah perang baru tutup api, takut nanti bila menyejuk bawang jadi hangit dan pahit.
- Akhir sekali, titiskan minyak bijan dalam minyak bawang putih tadi dan simpan dalam botol kaca. Kalau ditutup kedap, ia boleh tahan sampai 2 minggu.
CARA BUAT BIHUN SUP FISHBALL
BAHAN:
- Untuk sup:
- Kiub / pati ikan bilis
- Fishball (boleh guna meat ball / chicken ball)
- Dried kelp (optional, dalam ini saya tak guna)
- Dada ayam (optional)
- Lada sulah
- Garam secukup rasa
- Untuk garnishing pula, boleh pilih saja daripada bahan-bahan yang ada di rumah. Antaranya:
- Sedikit daun sup
- Daun bawang
- Daun salad (saya suka romaine lettuce sebab rangup)
- Isi ayam yang dicarik
- Sekeping tauhu digoreng & hiris nipis
- Fishcake digoreng & hiris nipis
- Minyak bawang putih
*Kalau nak pedas boleh buat cili potong + kicap cair
CARA-CARA:
- DIDIH AIR BERSAMA BAHAN PERASA
- Pertama, didihkan air dan masukkan kiub pati ikan bilis.
- Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
*Kalau rajin dan memang ada stok, boleh pakai buat stok ikan bilis buatan sendiri atau dried kelp. Tapi kalau malas, guna kiub pun dah sedap dah. - MASUKKAN FISHBALL
- Bila kuah dah cukup rasa, boleh masukkan fishball.
- Tunggu mendidih, kecilkan api dan biar merenih.
*Boleh masukkan sekeping isi dada ayam dalam air rebusan tadi. Kalau dah masak, angkat dan carik isi ayam untuk garnishing. Ini untuk maniskan lagi rasa kuah. Kalau tak nak guna ayam pon tak mengapa. - CELURKAN MEE
- Seterusnya, sediakan mangkuk hidangan.
- Boleh guna bihun/mee kuning/mee wantan/kuey teow /apa-apa saja jenis noodle yang anda suka. Celur dan toskan. - GARNISHING
- Kemudian, untuk garnishing boleh letak apa-apa saja bahan yang disukai.
- Antaranya daun sup, daun bawang, duan salad, tauhu, isi ayam yang dicarik, fish cake yang digoreng, atau apa saja bahan lain yang anda suka.
- Kalau suka pedas, boleh letak cili potong dan kicap cair. - SEDIA DIHIDANG!
- Dah siap semua bahan, boleh tuangkan sup panas dalam mangkuk noodle tadi.
- Jangan lupa, akhir sekali kita letak minyak bawang putih yang dibuat awal-awal tadi.
- Hidangkan panas-panas memang ‘terangkat’. Slurppp!