Saturday, August 15, 2020

Resipi Custard Cream Puff

Cara Mudah Dan Senang Buat Cream Puff Gebu, Gemok, Gendut!

Resipi Custard Cream Puff


Bahan bahan untuk membuat puff: 

  •  Bahan A: 
    •  160 gram mentega 
    • 2 sudu besar gula pasir 
    • 1 sudu teh esen vanilla 
    • 1/2 sudu teh garam halus 
    • 300 ml air 
    • 160 gram tepung gandum 
  • Bahan B: 
    •  4 biji telur gred A



Bahan bahan untuk creamy custard: 

  •  Bahan A: 
    •  2 biji telur (gred A) 
    • 6 sudu besar gula 
    • 1 sudu besar tepung jagung 
    • 1 sudu besar tepung gandum 
    • 1 sudu teh esen vanilla 
    • 1 1/2 cawan susu segar/cair 
  • Bahan B: 
    •  1 cawan whipping cream (dipukul kental)



Cara – cara memasak: 

Cara – cara memasak puff: 

  1.  Didihkan air, masukkan semua bahan kecuali tepung gandum, biarkan mentega, gula dan garam sampai cair. 
  2. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati dan tutup api. 
  3. Sejukkan adunan. 
  4. Masukkan telur ke dalam adunan dan putar rata dan sebati (gunakan mixer). 
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle 854
  6. Alas tray dengan baking paper. Paipkan adunan. 
  7. Spraykan adunan yang dah dipaipkan tadi dengan air untuk membantu puff naik.


Nota: Jangan keluarkan puff sebelum puff betul betul masak kerana ianya akan turun dan penyek.


Cara – cara memasak creamy custard: 

  1.  Masakkan secara double boil. Campurkan semua bahan A ke dalam bekas yang diletakkan air yang telah menggelegak. Kacau sehingga pekat kemudian sejukkan. 
  2. Pukul bahan B sehingga pekat dan mencecah tahap ‘stiff peak’. 
  3. Campurkan dengan bahan A menggunakan teknik kaup balik.



Penyediaan sepenuhnya: 

  1.  Guntingkan puff dan paipkan inti kastad anda. 
  2. Taburkan gula aising atau serbuk dekorasi sebagai hiasan. 
  3. Siap dan boleh dihidangkan kepada keluarga anda.



No comments:

Post a Comment