Saturday, August 8, 2020

Resipi Lasagna

Resepi Lasagna Yang Ternyata Sedap | Azhan.co

Resipi Lasagna


Bahan bahan: 

  • Keping lasagna secukupnya 


 Kuah merah (sama spt membuat kuah spaghetti bolognese): 

  • 1 labu bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih 
  • sedikit cili kisar, jika suka pedas 
  • Daging cincang 
  • 1 botol sos prego 
  • Sedikit black pepper 
  • Mushroom (atau apa apa yg suka) 
  • Italian herbs Fresh or dry parsley 
  • Garam dan serbuk perasa


  1. Masuk olive oil. Tumis bawang besar, bawang putih. 
  2.  Masuk cili kering sikit dan daging cincang. 
  3.  Bila daging agak masak, masukkan sos prego, sedikit black pepper, mushroom, perasa Italian herbs dan garam. 
  4.  Sesuaikan rasa dan kepekatannya.



Kuah putih 

  • 4 sudu besar Majerin 
  • 6 sudu besar tepung gandum 
  • 500 ml susu full cream (apa apa susu pun boleh) 
  • 2/3 grated cheddar cheese (optional)


  1. Panaskan majerin, bila cair masukkan tepung gandum, kacau sebati hingga tepung keperangan. 
  2.  Masukkan susu. Masuk garam, black pepper dan grated cheddar cheese (tak letak pun tak apa, tak ada beza rasa with or without cheese). Kacau sampai pekat. 
  3.  Kuah jangan terlalu pekat, biar cair sikit supaya tak kering bila dibakar



Cara cara 

  1. Keping lasagna tu rendam dg air panas. Bila dah lembut atur dalam dulang acuan. 
  2. Bubuh sos merah, sos bubuh putih, tabur cheese parut dan mozarela secara berselang seli. 
  3. Susun kepingan lagi dan seterusnya. Lapisan atas sekali mestilah kuah putih sebelum ditabur dengan cheese.
  4.  Bakar setengah jam dalam oven 180 degree dalam 30 minit. 
  5. selepas dikeluarkan dari oven, biarkan dalam 10 - 15 minit sebelum dihidangkan.



No comments:

Post a Comment