Resipi Kuih Talam Pandan
Bahan Bahagian Bawah :
- 1 cawan pati daun pandan (12 helai daun pandan blend + 1 cawan air) tapis
- 3 cawan santan
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sdb membukit tepung ubi
- Pewarna hijau
- Garam untuk lemak, ikut rasa sendiri
Cara Membuat Bahagian Bawah:
- Panaskan air kukusan sampai mendidih.
- Lenser dasar loyang dengan minyak, alas kertas plastik. (Saya guna loyang bulat 9″).
- Campur semua bahan, kacau rata dan tapis.
- Masukkan dalam kuali atau periuk. Panaskan di atas api yang kecil. Masak sekejap adunan. Bila mula panas terus tutup api.
- Tuang dalam loyang, kukus selama 20-25 minit. Tutup tudung pengukus. (Takut masuk air pula).
- Bila sudah cukup masa, buka tudung pengukus biarkan selama 3/5 minit baru cakar permukaan bahagian bawah.
- Tuang bahagian atas. Tutup tudung pengukus.
Bahan Bahagian Atas :
- 1 cawan tepung beras cap bunga teratai
- 2 sudu membukit tepung gandum
- 3 cawan santan
- Garam untuk lemak. (Ikut cita rasa sendiri)
Cara Membuat Bahagian Atas :
- Satukan semua bahan dan kacau sebati. Tuang dalam loyang bahagian bawah tadi. Kukus selama 20/25 minit.
- JIka suah cukup masa, buka tutup pengukus dan biarkan selama 5 minit baru tutup api. Siap.
- Biar semalaman esok baru potong, mesti nampak cantik. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment