Saturday, August 29, 2020

Resipi Portugese Cheese Tart


Resipi Portugese Egg Tart


– Puff pastry ready made (Beli jenama Kawan)

 Bahan kastard :
– 4 biji telur
– Sedikit esen vanila
– 150ml air
– 250ml susu full cream (saya guna Dutchlady)
 – 120g gula kastor
– 1 tbsp tepung jagung

Cara-caranya 


  1.  Canaikan manja kulit pastri, jangan nipis sangat. Letak tepung sikit biar tak melekat. Botol tu bukan hiasan ya, itulah roller kita. Guna je apa yang ada.
  2. Potong pastri lebih besar dari acuan. Sekeping pastri boleh buat 5 biji tart. Lebihan tepi-tepi itu masih boleh guna tau, bulatkan kemudian canai semula. Kalau nak buat untuk hari lain, simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti ais. Kalau tak ada acuan, cawan muffin yang keras tu pun okay je.
  3. Masukkan pastri ke dalam acuan, tekan-tekan bagi rapat ke dinding. Jangan bagi ada gelembung udara. Mak pesan anak dara buat kerja bagi kemas sikit. Lebihan yang terkeluar dari acuan tu potong, lalukan dengan pisau. Bila bakar nanti kulit pastri mengembang, jadi kemaslah sikit rupanya nak oi. Ketepikan sekejap. Panaskan oven sementara kita buat kastard. Panaskan je tau, jangan pi masukkan pula.
  4. Ha, bahan untuk kastard tadi campur je semua. Kacau kacau kacau bagi sebati. Telur tu jangan lupa basuh. Susu full cream kalau nak ganti dengan susu cair pun boleh. Halal.
  5. Adunan kastard tadi kita tapis dulu, kemudian tuang ke dalam acuan. Bakar 200°c, 40 minit.
  6. Tadaaa! Dah siap. Menggoda kan. 


No comments:

Post a Comment