Wednesday, July 8, 2020

Drama : 7 Hari Mencintaiku (2016)

Info Dan Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku (Slot Akasia) | Iluminasi

7 Hari Mencintaiku 


Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 

Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus (Zulkifli Ismail). Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita (Lia Natalia) kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi bersikap kekampungan dan kolot. 

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha (Liza Abdullah), mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati (Zila Bakarin). 

Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakila (Faye Kusairi), tunangan Helmi (Syazwan Zulkifli) yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu dan menyayangi isterinya sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri. 

 Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad (Aman Graseka) mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakila untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain penggembala kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?


No comments:

Post a Comment