Samudra Dolphine Park, Jakarta
Jangan pernah rasa terlalu dewasa untuk terhibur dengan aksi ikan lumba-lumba ya, lihat sahaja persembahan yang diadakan di Samudra Dolphin Park bukan sahaja anak anda yang terhibur, dengan anda sekali terasa seronok semacam melihat kerenah haiwan yang bijak dan melucukan ini.
Anda rasa hanya ikan lumba-lumba sahaja yang ada di sini? Pertunjukan menyeronokkan yang melibatkan burung kakak tua dan singa laut juga ada di sini. Yang bestnya lagi, pihak Samudra Dolphin Park juga akan sering bertanya soalan kuiz dan sesiapa yang dapat menjawab dengan tepat akan mendapat hadiah yang cool!
Jadi, duduklah dekat sikit dengan penghibur itu ya, barulah senang nak dapat peluang menjawab.
Jl. Lodan Timur No.7, Daerah Khusus Ibukota Jakarta
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 5.00pm) | Sabtu & Ahad (9.00am – 6.00pm)
Bayaran Masuk: Rp 160.000
No comments:
Post a Comment