Dunia Fantasi, Jakarta
Kerana dunia realiti agak membosankan, kewujudan Dufan ataupun Dunia Fantasi amatlah diidamkan, inilah yang dibawa oleh salah satu daripada tarikan di Taman Impian Ancol.
Banyak sekali tarikan hebat yang terdapat di dalam Dunia Fantasi ini seperti Ice Age Arctic Adventure, Hello Kitty Adventure, water ride Niagara-Gara, thrill ride Hysteria, Fantasy Lights Magic of Dufan dan banyak lagi.
Kerana di dunia sebenar anda hanya mampu berada di satu tempat dalam satu masa, di Dunia Fantasi ini anda akan dibawa mengelilingi dunia melalui permainan dan tarikan yang ada seperti di Eropah, Amerika, Greece, Indonesia, dan lain-lain lagi. Jangan tak nak pulang ke dunia asal pula dah mula berseronok di sini nanti.
Jalan Lodan Timur No. 7, RT.14/RW.10, Pademangan Barat, Pademangan, RW.10, Ancol, Pademangan, Kota Jkt Utara, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 14420
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)
Bayaran Masuk: Rp 325.000
No comments:
Post a Comment