Restoran Api Api
Ruang makan terbuka memberikan rasa santai kepada para pelanggan. Ini ditambah pula dengan lokasinya yang berhampiran jeti dan lautan. “A” untuk lokasi dan suasananya.
Cuba Butter Prawn dan pilihan ikan bakar mereka. Gandingkan ia juga dengan petai bakar jika anda sukakan petai.
Makanan laut seperti ikan, ketam dan sotong yang segar disediakan dengan harga yang berpatutan. Walaupun begitu, sesetengah pelanggan merasakan harganya agak mahal berbanding beberapa restoran yang menyediakan menu serupa.
Alamat: 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (530pm – 1130pm), ditutup pada hari Isnin
No comments:
Post a Comment