Gua Kelam
Gua Kelam merupakan salah satu daripada gua yang unik di Malaysia dengan kepanjangan gua batu kapurnya 370 meter. Jambatan kayu yang berkelebaran 8 kaki adalah satu-satunya jalan yang anda boleh lalui untuk menikmati pemandangan di dalam Gua Kelam.
Bunyi air yang menitis daripada stalaktit akan menemani anda sepanjang perjalanan. Fenomena semula jadi iaitu sungai bawah tanah yang mengalir di dalam gua ini adalah air yang menuju ke Sungai Perlis.
Pasti anda terpesona dengan keindahan gua ini, tapi, tunggulah sehingga anda sampai ke sebuah taman di hujung perjalanan anda dalam gua ini, sungguh indah dan sesuai untuk dijadikan tempat berehat setelah jauh berjalan.
Alamat: Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm
Bayaran Masuk: Dewasa RM1 | Kanak-kanak RM0.50
No comments:
Post a Comment