Sunday, July 26, 2020

Hannah's Cookies, Perlis

Hannah’s Cookies

Hannah's Cookies


Kek dan biskut ada disediakan di Hannah’s Cookies. Tapi, bukan itu menu utama mereka. Pelanggan datang ke sini untuk makanan barat seperti chicken chop, burger dan pasta . Anda boleh memilih sama ada mahu duduk di dalam restoran iaitu ruang berbumbung dan berhawa dingin atau di luar dengan berbumbungkan langit dan berhawa segar. 

Ketika jumlah pelanggan ramai, anda terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatkan tempat duduk atau untuk mendapatkan hidangan anda. Jangan lupa mengingatkan pelayan mengenai makanan yang belum anda perolehi jika anda masih belum menerimanya selepas 30 minit.



Alamat: Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis 
 Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (12pm – 1030pm), Sabtu – Ahad (4pm – 1030pm), 
Ditutup pada hari Isnin



No comments:

Post a Comment