Sunday, July 5, 2020

Taman Rekreasi Tasik Melati, Perlis


Taman Tasik Melati Perlis

Taman Rekreasi Tasik Melati


Tasik Melati merupakan sebuah tasik kecil yag memiliki lebih daripada 150 buah pulau beting pasir. Jambatan disediakan merentasi tasik ini untuk memberi ruang kepada pelawat menikmati pemandangan indah tasik yang berlatar belakangkan kehijauan dan gunung-ganang ini. Selain itu,Taman Rekreasi ini juga merupakan lokasi yang patut dilawati untuk anda yang sukakan aktiviti memerhari burung kerana di sini terdapat pelbagai jenis burung dalam pelbagai warna yang terbang bebas.

Bagi kanak-kanak pula, terdapat taman permainan disediakan untuk mereka berseronok. Di samping itu, terdapat juga laluan refleksologi di mana anda dapat melancarkan perjalanan darah sambil menghirup udara segar sekitar kawasan tasik. Cara yang sempurna untuk menghabiskan hari minggu bersama keluarga bukan?



Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar


No comments:

Post a Comment