Kepulauan Seribu, Jakarta
Kepulauan Seribu bukanlah terdiri daripada seribu pulau, tapi sebenarnya gugusan 108 buah pulau yang berada di dalam lingkungan 45 km ke utara Jakarta.
Namun, ini tidak bermakna kesemua pulau ini sesuai untuk dikunjungi, kerana daripada kesemua pulau ini sebenarnya hanya 36 buah sahaja yang boleh dijejaki, dan daripada 36 buah pulau ini hanya 11 buah pulau sahaja yang telah dibangunkan untuk tujuan pelancongan antaranya adalah Pulau Bidadari, Pulau Ayer, Pulau Kotok, Pulau Putri, Pulau Sepa, Pulau Pantara, Pulau Macan, Pulau Tidung dan Pulau Pramuka.
Inginkan suasana yang menyegarkan?
Jadikanlah salah satu daripada pulau-pulau ini sebagai destinasi untuk anda kunjungi bersama yang tersayang, sungguh, minda terasa tenang sebaik menjejaki tanah yang tidak tercemar oleh sebarang kemodenan ini.
No comments:
Post a Comment