Friday, July 3, 2020

Khadijah Binti Khuwailid

siluet | Gambar pengantin, Siluet, Ilustrasi kartun

Saidatina Khadijah Binti Khuwailid


Khadijah binti Khuwailid adalah isteri Nabi Muhammad yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab. 

Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan baginda hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. 

Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya. 

Mas kahwin daripada Nabi Muhammad sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.


Anak-anak Nabi Muhammad bersama Khadijah

  • Al-Qasim bin Muhammad 
  • Abdullah bin Muhammad 
  • Zainab binti Muhammad 
  • Ruqaiyah binti Muhammad 
  • Ummu Kalthum binti Muhammad
  •  Fatimah binti Muhammad 
Kesemua anak lelaki Muhammad telah meninggal dunia sejak kecil lagi.

No comments:

Post a Comment