Amalan Malam Nisfu Syaaban
Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Syaban.
Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.
Solat Sunat Nisfu Syaban
Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban.
Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban:
1. Lafaz niat:
niat solat sunat nisfu syaban
Usolli sunnata lailati nisfi sya’bana rak’ataini lillahi taala
Maksud:
Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala
2. Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3. Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
4. Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali.
Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali
Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali.
Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak dengan niat supaya:
Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat
Menambah rezeki
Ditetapkan dan meningkatkan iman.
Doa Nisfu Syaban
Selepas selesai membaca Yasin, bacalah doa nisfu syaban.
Antara doa malam nisfu syaban yang boleh dibaca adalah seperti berikut:
doa nisfu syaban
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan sekalian keluarganya serta sahabat baginda.
Ya Allah pemilik (semuanya) baik anugerah dan yang tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai yang memiliki kurnia dan kenikmatan, tiada Tuhan kecuali Engkau.
Engkaulah tempat berlindung,tempat memohon pertolongan dan pengaman bagi orang yang ketakutan.
Ya Allah, jika Engkau telah menulis di dalam Ummul Kitab nasib kami sebagai orang yang sengsara, atau yang diharamkan mendapatkan kenikmatan, atau yang ditolak, atau yang disempitkan rezekinya, maka demi kemuliaan-Mu ya Allah, hapuskanlah kesengsaraan kami, keterhalangan kami dari nikmat, ketertolakan dan kesempitan rezeki kami.
Dan tetapkanlah di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu, kami sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki, mendapat taufik untuk melakukan kebaikan.
Sesungguhnya Engkau telah berfirman dengan firmanMu yang hak di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Nabi utusanMu, “Allah (berkuasa untuk) menghapus dan menetap yang dikehendakiNya dan di sisiNya Ummul Kitab.”
Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang Maha Agung pada malam nisfu syaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan seluruh persoalan penting, kami mohon agar dihindarkan dari malapetaka yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui dan Engkau Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mulia.
Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan pemelihara Alam.
No comments:
Post a Comment