Pasar Cho Binh Tay,
Bình Tây Market dibina, atau sekurang-kurangnya disokong secara kewangan, oleh ahli perniagaan Cina bernama Guoyan (郭 琰) yang lebih dikenali sebagai Quách Đàm, (1863-1927), yang berasal dari Chaozhou di Guangdong. Pasar ini mempunyai pelbagai jenis barang dan makanan dengan harga yang sangat berpatutan. Pasar ini merupakan salah satu pasar paling utama yang terletak di kawasan Cholon bandar Ho Chi Minh.
Jika anda sampai di sini pada waktu pagi sekitar 6 – 8 pagi, anda akan dapat merasai pelbagai jenis makanan yang mempunyai ramuan-ramuan segar dari masyarakat Vietnam. Terdapat juga kawasan kedai makan kecil yang mempunyai pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan yang tidak boleh anda tertinggal.
No comments:
Post a Comment