Wednesday, April 1, 2020

Drama : Aku Pilih Kamu (2015)

Image result for aku pilih kamu

Aku Pilih Kamu


Drama Aku Pilih Kamu mengisahkan tentang Qasya Azara yang kematian ibunya ketika berusia 12 tahun. Ayah Qasya pula jarang berada di rumah kerana kerap ke luar negara atas urusan perniagaan. Akibat dari itu Qasya dan kakaknya terpaksa berpisah kerana ayah Qasya tidak mampu menjaga mereka berdua. Kakak Qasya dihantar ke kampung untuk tinggal bersama nenek mereka.

Qasya pula tinggal bersama ayah, ibu tiri dan dua adik tirinya yang lain. Mereka selalu mendera Qasya dan ibu tirinya pula telah menghalaunya dari rumah. Hendak dijadikan cerita, Qasya telah dijadikan anak angkat oleh Dato Mizal dan Datin Rosnaida. Dato Mizal dan anak sulungnya Adam, amat menyayangi Qasya tetapi Datin Rosnaida dan dua lagi anaknya Farouk dan Rizman amat membencinya. Qasya kerap dihina dan dikasari oleh mereka bertiga. Perkara ini berlanjutan sehingga Qasya dewasa. Tetapi Qasya tetap bertahan kerana kasih sayang dari Adam dan Dato Mizal

Pada suatu hari, Dato Mizal telah meminta Qasya untuk bernikah dengan Rizman. Dato Mizal mengharapkan pernikahan itu dapat merubah perangai Rizman. Permintaan Dato Mizal di patuhi oleh semua ahli keluarganya. Qasya juga menerima permintaan tersebut dan menganggap ianya jodoh yang telah Allah tetapkan untuknya biarpun dia tahu Rizman begitu membencinya.

Perkahwinan antara Qisya dan Rizman begitu mengecewakan Adam. Dia bertindak untuk keluar dari rumah dan merantau untuk mencari ketenangan diri. Rizman pula menganggap Qisya berkahwin dengannya hanya kerana ingin membolot harta Dato Mizal.

Dalam masa yang sama, Datin Rosnaida sukakan seorang wanita muda bernama Isabel. Dia ingin Rizman dan Isabel disatukan. Dia cuba memutuskan perhubungan Qasya dan Rizman dan merancang dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Tanpa ada pilihan lain, Qasya terpaksa menerima Isabel sebagai madunya. Setiap hari dia diseksa oleh Rizman dan Isabel. Apa akan terjadi kepada kesudahan drama ini. Tabahkah Qasya untuk melalui semua dugaan lebih-lebih lagi bila dia mengetahui bahawa Isabel adalah anak tiri kepada ayah kandungnya.

No comments:

Post a Comment