Thursday, April 9, 2020

Tips Penjagaan Bibir 2

Kenapa Perlu Pilih Produk Penjagaan Bibir Yang Betul – D'WangiShoppe

Tips Penjagaan Bibir

Korang mesti rasa rimas bila bibir rasa kering dan mengelupas kan? Kejap! Nanti dulu.. jangan kopek bibir tu. Kalau kopek confirm lah berdarah. Tu belum lagi bibir merekah, nak senyum atau ketawa sikit pun dah pedih. 

 Banyak faktor yang menyebabkan bibir korang jadi kering dan merekah. Antaranya ialah cuaca dan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk, dehydration, bernafas melalui mulut, makanan yang berasid, masin atau pedas dan juga penyakit-penyakit tertentu. Jadi kat sini admin nak kongsikan dengan korang cara penjagaan bibir yang betul.

 Pakai Lip Balm 

Penting untuk korang sentiasa pakai pelembap bibir atau lip balm untuk pastikan bibir sentiasa lembap dan segar. Selain lip balm, korang boleh juga sapukan minyak yang mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti minyak badam atau minyak kelapa dara.

Madu Sebagai Pelembap Bibir 

Untuk pengetahuan korang, madu juga bertindak sebagai pelembap dan korang boleh lah cuba sapukan pada bibir. Make sure madu yang korang gunakan tu madu asli tau sebab kebanyakan madu yang dijual mengandungi campuran gula dan bahan-bahan lain.

Scrub Bibir Juga 

Tujuan scrub bibir adalah untuk melembapkan bibir korang dan ia mengandungi bahan-bahan seperti wax, minyak dan butter. Tekstur lip scrub memang agak kasar jika dipegang, tapi ia membantu untuk menghilangkan kulit-kulit mati pada bibir korang.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama lip scrub yang dijual di pasaran. Ada yang berperisa cotton candy dan buah-buahan juga tau. Korang boleh lah pilih mana yang berkenan. Kalau nak jimat, korang boleh buat sendiri je scrub kat rumah. Bahan-bahan dia cuma madu dan gula pasir. Mudah kan?

Minum Air Secukupnya 

Badan korang sentiasa memerlukan air, jadi pentingnya untuk korang banyakkan minum air untuk kekalkan hidrasi. Sama juga untuk jaga kelembapan bibir, korang kena lah minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari.

Jilat Bibir? Stop !!!

Benda ni mesti dah jadi tabiat dan kebiasaan korang kan. Kejap-kejap nak jilat bibir sebab nak bagi lembap. Tetapi kalau korang nak tahu, tabiat ni sebenarnya tak elok tau sebab air liur mengandungi asid yang boleh membuatkan bibir korang lagi kering. Lagi satu kalau bibir mengelupas, jangan kopek. Nanti berdarah lagi pedih!

Gloss Over Matte Lipstick 

Dah jadi trend sekarang orang perempuan suka pakai lipstick matte kan. Sebenarnya tekstur lipstick tu agak kering jadi korang cuba lah bertukar ke lipstick yang mengandungi moisturizer. Kalau nak pakai yang matte jugak, jangan lupa pakai pelembap bibir dahulu.

Sekiranya korang mempunyai bibir yang kering, cuba kurangkan makan atau minum makanan dan minuman yang berasid. Contohnya, buah-buah dan minuman sitrus sebab ia akan membuatkan bibir korang bertambah kering.

Lidah Buaya (Aloe Vera) Beri Kelembapan 

Lidah buaya adalah salah satu tumbuhan yang bagus untuk kulit dan fungsinya adalah untuk memberi kelembapan. Korang boleh beli pelembap bibir yang mempunyai aloe vera ataupun beli gel aloe vera yang banyak dijual di drug store atau pasaraya.



No comments:

Post a Comment