Thursday, April 2, 2020

Tips Penjagaan Rambut

Home-made hair masks - Faiza Beauty Cream

Tips Penjagaan Rambut

1. Shampoo

Untuk pemilihan shampoo, boleh gunakan shampoo jenis menthol jika anda mempunyai masalah kelemumur

2. Conditioner

Untuk perapi rambut pula, anda jangan pakai sehingga terkena kulit kepala. Kerana ianya boleh menyebabkan rambut anda berminyak dan menyebabkan kelemumur. Perapi rambut boleh digunakan setiap hari untuk melembutkan rambut anda.

3. Serum

Serum rambut juga perlu. Hanya sapukan pada bahagian rambut sahaja, kulit kepala tidak perlu. Ianya adalah bagi memberi vitamin untuk rambut anda tumbuh lebih sihat.

4. Tonik

Tonic rambut ini biasanya dipakai pada bahagian kulit kepala sahaja. Ianya bagus digunakan jika anda mempunyai masalah rambut gugur, kelemumur dan sebagainya.

Fungsi tonic ini adalah untuk menguatkan akar rambut dan untuk tambah rambut yang baru. Boleh digunakan selepas mandi ketika rambut anda masih basah atau kering.

5. Hair Treatment

Disarankan untuk cari salon yang sesuai dan mengikut bajet anda, tak perlu mahal-mahal pun sebab sama je semua treatment di mana-mana salon.

 Treatment untuk scalp adalah bagi mengurangkan masalah kelemumur dan rambut gugur. Manakala treatment rambut pula adalah mengurangkan masalah rambut kering dan kusut.



No comments:

Post a Comment