Wednesday, April 29, 2020

Drama : Alamatnya Cinta (2018)

Image result for alamatnya cinta

Alamatnya Cinta 

Nantikan drama Full House versi Malaysia adaptasi daripada drama popular Korea yang akan menampilkan gandingan Hannah Delisha dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama. Drama berjudul Alamatnya Cinta ini diarahkan oleh Bernard Chauly.

Image result for sinopsis alamatnya cinta
Sinopsis

Kisah Ellie Farhana seorang penulis yang kehilangan rumah pusaka bapanya apabila rumah tersebut telah dilelong dan dibeli oleh pelakon terkenal iaitu Faliq Assad. Ellie cuba untuk mendapatkannya kembali. Faliq Assad yang baru putus hubungan dengan Jasmine berpindah ke rumah baru. 

Semenjak itu pelbagai kejadian berlaku antara Faliq dan Ellie. Skandal antara Faliq dan Ellie viral di media sosial angkara reporter Natalia. Emma, manager Faliq mencadangkan supaya mereka berdua berkahwin untuk selamatkan kariernya. Faliq mengumumkan bahawa Ellie bakal menjadi isterinya. Selepas pengumuman perkahwinan itu, makin huru hara hidup Ellie. Namun Ellie akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Faliq, tapi dengan syarat Faliq menyiasat perihal ayahnya dan dia mendapatkan semula hak milik rumahnya apabila tiba waktunya. Faliq turut mengenakan syarat yang dia perlu mengemas rumah dan memasak untuknya.

Selepas berkahwin, mereka pergi berbulan madu apabila terpedaya dengan rancangan Omar. Sejak itu mereka semakin rapat. Dalam sama yang sama, Jay pengarah filem cuba mendekati Ellie. Jasmine pula cuba mendapatkan semula Faliq.

Image result for sinopsis alamatnya cinta
Pelakon

  •  Hisyam Hamid sebagai Faliq Assad 
  • Hannah Delisha sebagai Ellie Farhana 
  • Yusry Abdul Halim sebagai Damon Degawan 
  • Alicia Amin sebagai Jasmine Aziz 
  • Jad Hidhir sebagai Jay 
  • Cik Manggis sebagai Emma Harith 
  • Fahad Iman sebagai Omar Qalish 
  • Jasmine Suraya sebagai Natalia
  •  Dian P Ramlee sebagai Melati 
  • Louisa Chong sebagai Melur 
  • Dato Seri Shah Rezza sebagai Tuan Herman 
  • Azhar Sulaiman sebagai Hamzah

No comments:

Post a Comment