Pasar Siti Khadijah
Di sinilah tempat yang pasti kaum wanita akan habiskan masa berjam-jam lamanya sehingga membuatkan suami ‘muka ketat’ kerana terpaksa menunggu lama.
Destinasi pasar basah & kering ini menjanjikan pelbagai produk menarik untuk dibeli serta ideal untuk dijadikan buah tangan untuk jiran tetangga. Antara kategori barangan menarik untuk diterokai di sini adalah pakaian-pakaian, kain wanita, kain ela, alatan untuk solat, barang kraftangan, perkakasan hantaran perkahwinan & sebagainya.
Jika anda perasan, rata-rata peniaga di sini juga majoritinya adalah terdiri daripada golongan wanita. Ini mungkin satu pengalaman baru untuk anda melihat suasana jual beli di pasar ini yang sangat jarang terdapat di negeri lain.
Pasar Besar Siti Khadijah juga boleh dilabelkan sebagai one stop centre untuk pelancong menerokai majoriti makanan tradisional di Kelantan seperti akok, nasi tumpang, etok salai, nasi kerabu, aneka kuih muih & macam-macam lagi. Jika anda peminat barangan kraftangan, terdapat beberapa bahagian yang menjual produk ukiran seperti hiasan dinding, rantai kekunci, tongkat & macam-macam lagi.
7 am - 6 pm (setiap hari)
Alamat
Jalan Bulu Kubu, 15000, Jalan Kota Bharu, Kelantan
No comments:
Post a Comment