Friday, April 24, 2020

Solat Terawikh

Solat Terawikh

Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan. Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau.

Tarawih ertinya Istirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’. Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

 Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu — Hadis riwayat Muslim


Waktu Untuk Mengerjakan 

 Waktu untuk mengerjakan solat sunat tarawih adalah selepas Solat Sunat Ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit waktu fajar. Adalah digalakkan untuk mengerjakan solat sunat ini secara berjemaah di masjid kerana ganjaran pahalanya begitu besar.


Jumlah Rakaat 

Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dilakukan. Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT. Jesteru itu, Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan.


Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

Biasanya Solat Sunat Tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.



No comments:

Post a Comment